KUALA LUMPUR:Hutang kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak tujuh peratus pada 2019 iaitu keseluruhannya menjadi RM792 bilion berbanding RM741 bilion pada 2018.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh, berkata nisbah hutang kerajaan tahun lalu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada paras 52.5 peratus, berbanding 51.2 peratus pada 2018.
Jelas beliau, jumlah keseluruhan liabiliti Persekutuan adalah sebanyak RM1,080 bilion bersamaan 71.5 peratus nisbah liabiliti kepada KDNK.
"Ketua Audit Negara dalam laporannya juga mendapati sebanyak 59.9 peratus atau RM82.723 bilion daripada jumlah Terimaan Baharu berjumlah RM138.5 bilion digunakan untuk bayaran prinsipal pinjaman dalam negeri (hutang matang).
"Hanya 29.7 peratus atau RM41.151 bilion digunakan untuk tujuan perbelanjaan pembangunan. Situasi sebegini haruslah diperbaiki," katanya dalam sidang media di Parlimen, pada Khamis.
Sementara itu, Jabatan Audit Negara (JAN) menzahirkan kebimbangan dengan tindakan kerajaan menggunakan hampir 60 peratus pinjaman baharu untuk membayar hutang sedia ada pada tahun lalu, berbanding bagi perbelanjaan pembangunan.
Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, berkata hanya 29.7 peratus digunakan untuk perbelanjaan pembangunan.
"Maknanya, yang kita gunakan untuk perbelanjaan pembangunan itu hendaklah digunakan secara yang lebih produktif supaya projek-projek yang kita biayai itu adalah mempunyai kesan penganda yang tinggi supaya menjana kegiatan ekonomi, pada masa yang sama mempunyai nilai wang.
"Maknanya perbelanjaan yang kita belanja itu betul-betul atas nilai wang yang kita dapati, itu yang penting.
"Sebab semakin kecil hutang baharu itu, kita dapat biayai (perbelanjaan) pembangunan, itu yang kita tekankan semasa dalam pembentangan," katanya dalam sidang media sama.
Tambahnya, jika keadaan itu berterusan, berdasarkan unjuran negara dijangka terpaksa membayar hutang sebanyak RM10 bilion pada 2034 berbanding purata RM2.4 bilion ketika ini.
Terdahulu, JAN membentangkan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2019 kepada PAC di Parlimen.
Dalam perkembangan sama, Nik Azman dalam satu kenyataan berasingan memaklumkan kerajaan Persekutuan mengalami defisit berjumlah RM51.370 bilion dengan nisbah defisit kepada KDNK pada kadar 3.4 peratus.
Bagaimanapun, beliau menambah hasil kerajaan Persekutuan pada 2019 meningkat kepada RM264.415 bilion atau 13.5 peratus berbanding RM232.883 bilion pada 2018.
"Faktor utama peningkatan hasil ialah teriman dividen daripada syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berjumlah RM54 bilion iaitu lebih tinggi berbanding dividen tahun 2018 yang berjumlah RM26 bilion.
"Sejumlah RM30 bilion daripada RM54 bilion diterima merupakan pemberian dividen khas bagi tujuan bayaran balik cukai," katanya.
Hasimi Muhamad
Thu Nov 05 2020

Nisbah hutang kerajaan tahun lalu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada paras 52.5 peratus, berbanding 51.2 peratus pada 2018.

AWANI Ringkas: Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: PKPD di Kampung Tringgus, Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dakwaan cuba disogok: Natrah buat laporan SPRM
Natrah, yang merupakan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat.

Pindaan Akta 728 mampu luaskan bidang kuasa Maqis
Perkara itu sudah di peringkat akhir penelitian oleh pihak Jabatan Negara sebelum dibawa ke Parlimen untuk proses kelulusan.

Hadi Awang yakin rakyat boleh nilai kerajaan mana lebih baik
Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik.

Polis tahan warga emas menyamar kerabat diraja Kelantan tawar gelaran Datuk palsu
Penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada Istana Kelantan.

5 hari padam kebakaran tapak pelupusan sampah
Operasi dilakukan dengan menggunakan teknik pemadaman yang dibahagikan kepada empat sektor.

COVID-19: Perintah sekatan di Auckland kembali dilonggarkan ke tahap dua
Sebarang perhimpunan sosial dihadkan kepada 100 orang pada satu masa.

COVID-19: Kelonggaran sekatan di UK mula dengan pembukaan sekolah pada Isnin
Orang ramai digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard dan berjaga-jaga agar sekatan tersebut tidak lagi terbatas selepas ini.

Polis tahan 2 lelaki Thailand miliki ganja mampat lebih RM100,000
Dua lelaki Thailand ditahan bersama 42 ketul ganja mampat bernnilai lebih RM100,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Charuk Tenang, dekat Sik, pada Sabtu malam.

Setahun berdepan cabaran, enam fokus utama Kementerian Kewangan pulihkan ekonomi
Menurut Bank Dunia, KDNK Malaysia dijangka meningkat pada kadar 5.6 peratus hingga 6.7 peratus pada 2021.

Malaysia perlu buat transformasi untuk keluar dari perangkap berpendapatan pertengahan - PM Muhyiddin
Malaysia perlu berubah menjadi peserta pengeksport global, mengembangkan keupayaan pembuatannya serta mewujudkan syarikat multinasional (MNC) tempatan untuk keluar dari perangkap berpendapatan perteng

Tok Pa jawab 10 soalan berkaitan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia
Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia adalah dokumen komprehensif yang menggariskan usaha dalam mencapai aspirasi MyDIGITAL.

Ini lima perkara penting Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin
Kerajaan telah melakukan pelbagai langkah untuk memastikan aktiviti ekonomi dan mata pencarian untuk majoriti rakyat dan perniagaan dapat kekal dibuka dan diteruskan pada masa pandemik COVID-19.

UMW Holdings Berhad catat keuntungan bersih RM137.4 juta suku keempat 2020
UMW Holdings Berhad mencatatkan keuntungan dengan pendapatan bersih RM137.4 juta untuk suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2020.

Norma baharu warga Malaysia di Jepun
Penulis berkongsi kisah pahit manis mengharungi pandemik ketika berjauhan daripada ibu bapa, sanak saudara, sahabat dan rakan taulan di tanah air.

Petronas akan terus berusaha harungi segala cabaran mendatang
Susut nilai atau penurunan berlaku disebabkan harga minyak yang tidak menentu, yang telah menjejaskan kunci kira-kira Petronas sepanjang 2020.

MyDIGITAL mampu perkasa kehidupan rakyat Malaysia - PM Muhyiddin
MyDigital merangkumi idea dan pelan untuk meningkatkan literasi digital dalam kalangan masyarakat negara ini.

Hutang kerajaan 58 peratus daripada KDNK, masih bawah had statutori - Tengku Zafrul
Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan mencatat 58 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), masih bawah had statutori 60 peratus KDNK yang ditetapkan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.