awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ICIEF ke-15 fokus bangun ekonomi, kewangan lebih manusiawi - PM Anwar

Faida Rahim
Faida Rahim
20/02/2024
03:07 MYT
ICIEF ke-15 fokus bangun ekonomi, kewangan lebih manusiawi - PM Anwar
PM Anwar menyampaikan ucapan pada Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15 di Kuala Lumpur, pada Selasa. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15 memberi fokus terhadap langkah membangunkan ekonomi kewangan Islam lebih mampan dan manusiawi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menyeru ilmuwan termasuk pengamal industri dan pembuat dasar meluaskan idea demi kemajuan ekonomi Malaysia khususnya selain dalam kalangan negara-negara Islam dan bukan Islam.
“Ahli akademik harus meningkatkan pengetahuan, selaras dengan teori, etika ekonomi Islam dan membangunkan aplikasi praktikal sejajar dengan prinsip teras MADANI.
“Institusi kewangan mesti menyepadukan prinsip ini ke dalam struktur teras dan proses membuat keputusan, dan memastikan produk mereka adalah saksama dan boleh diakses.
“Badan kawal selia mesti mewujudkan rangka kerja berinovasi, dengan insentif dan mengukuhkan etika, bukan pematuhan undang-undang semata-mata,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan ICIEF ke-15 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, di sini, pada Selasa.
Dalam masa sama, Anwar berharap kerjasama ini dapat dilakukan secara konsisten sekali gus membantu merealisasikan visi masa depan negara lebih baik.
Persidangan ICIEF ke-15 bermula hari ini hingga 22 Februari ini menghimpunkan hampir 500 peserta antaranya Pakistan, United Kingdom, Arab Saudi, Maghribi, Turki, Indonesia, Amerika Syarikat, Nigeria, Norway, Jerman dan India.
Topic Berkaitan
#ICIEF
#ekonomi kewangan Islam
#madani
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan