KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mula membuat pembayaran bulanan berhubung RM5.8 bilion akaun belum terima Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) mulai bulan ini atau Oktober.
Bagaimanapun, AmInvestment Bank Research menyatakan jumlah bayaran bulanan itu tidak dinyatakan.
Penganalisis, Gan Huey Ling berkata, kerajaan juga akan membuat keputusan pada Disember ini berkaitan mekanisme bayaran bagi baki penghutang ICPT.
"Daripada RM19 bilion akaun belum terima setakat 30 Jun 2022, sebanyak RM12 bilion atau 63% adalah berkenaan pembayaran ICPT.
"Sementara itu, baki RM7 bilion terdiri terutamanya penghutang perdagangan," katanya dalam nota kajian pada Jumaat.
Semalam, dalam kenyataan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Baharin Din berkata, TNB akan terus mengambil langkah berhemat dari segi keperluan operasi dan kewangannya untuk memastikan ia kekal berdaya tahan.
Beliau menyifatkan pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai pembayaran RM5.8 bilion dan jaminan RM6 bilion kemudahan pinjaman menterjemahkan usaha bersepadu kerajaan dan TNB dalam menangani keadaan harga bahan api yang tinggi.
Mengenai akaun belum terima yang besar disebabkan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) pada separuh pertama ini, kumpulan mengambil langkah proaktif untuk mengurus modal kerja.
Ini termasuk memenuhi kewajipan kami kepada pembekal dan vendor melalui pemantauan aliran tunai secara berterusan dan mendapatkan pinjaman tambahan apabila diperlukan.
TNB mencatatkan prestasi berdaya tahan pada separuh pertama 2022 disokong permintaan elektrik lebih tinggi sebanyak 5% tahun ke tahun sejajar pertumbuhan berterusan ekonomi pasca pandemik.
Hasil kumpulan tanpa bayaran balik ICPT bagi tempoh tersebut meningkat 4.4% kepada RM24.99 bilion daripada RM23.93 bilion.
Namun, kenaikan harga arang batu, ditambah pula dengan hasrat kerajaan untuk mengekalkan tarif elektrik untuk orang awam, telah memberi kesan kepada TNB untuk mendapatkan semula kos bahan api yang lebih tinggi melalui mekanisme ICPT.
Menurut Huey Ling, TNB akan mengekalkan pembayaran dividennya sebanyak 30% hingga 60% daripada keuntungan bersih normal.
"Kami menjangkakan dividen kasar sebanyak 38 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, mencerminkan hasil 4.3% dan bayaran sebanyak 50%," katanya.
Mengenai kadar cukai, katanya, ia dijangka menurun pada separuh kedua daripada 42% pada separuh pertama 2022.
Beliau berkata, TNB akan memerlukan lebih banyak perbelanjaan modal (capex) pada separuh kedua, yang akan menyaksikan elaun pelaburan semula yang lebih tinggi.
"Dalam hal ini, kami menjangkakan kadar cukai bagi FY22 sebanyak 30% berbanding 18% pada FY21," tambahnya.
Secara keseluruhan, AmInvestment mengekalkan saranan 'beli' terhadap TNB dengan nilai wajar tidak berubah pada RM11.80 sesaham. -DagangNews.com
Dagang News
Sat Sep 03 2022
TNB mencatatkan prestasi berdaya tahan pada separuh pertama 2022 disokong permintaan elektrik lebih tinggi sebanyak 5% tahun ke tahun sejajar pertumbuhan berterusan ekonomi pasca pandemik. -Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Hujan lebat berterusan, air pasang besar punca Kelantan, Terengganu banjir teruk - Fadillah
Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu ketika ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang berterusan.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi di Alor Setar, Sik
TNB menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang awam susulan keadaan banjir yang semakin serius.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Marang, Kuala Terengganu
TNB Careline menerusi hantaran di Facebook berkata kawasan yang terputus bekalan elektrik susulan penutupan itu adalah di Kem Panji Alam, Marang, Wisma TG Ramly dan Tepoh di Kuala Terengganu.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Dakwaan Empangan Pergau lepaskan air tidak benar - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air seperti yang tular di media sosial.