IDEAS: ASEAN perlu perkemas piawaian, kurang kerumitan kawal selia untuk tingkatkan penyertaan PMKS

Laporan terbaharu IDEAS menekankan kepada tiga tindakan utama bagi mengukuhkan perdagangan sektor F&B dalam ASEAN. - Foto IDEAS
KUALA LUMPUR: Sektor makanan dan minuman (F&B) merupakan penyumbang utama kepada keluaran industri dan peluang pekerjaan di ASEAN, namun hanya 23.1 peratus perdagangan sektor ini berlaku dalam kalangan negara rantau tersebut, meskipun kedudukan geografinya yang saling berdekatan.
Ringkasan AI
- Hanya 23.1 peratus perdagangan sektor makanan dan minuman berlaku dalam kalangan negara ASEAN disebabkan oleh kerumitan peraturan yang tidak seragam, termasuk isu pelabelan pemakanan, pensijilan halal, dan ujian produk.
- Perbezaan dalam peraturan antara negara menyukarkan perniagaan kecil dalam sektor F&B untuk memasuki pasaran negara jiran, mengakibatkan kos tinggi dan kelewatan ketara.
- Tiga tindakan utama disyorkan untuk mengukuhkan perdagangan sektor F&B dalam ASEAN termasuk penyelarasan pelabelan pemakanan, pengukuhan panduan serantau berkaitan sistem maklumat makanan, memperluaskan pemudahan perdagangan digital, dan memperkukuh kesalinghubungan logistik di sempadan.
"Perdagangan dalam ASEAN masih lebih banyak dibentuk oleh kawal selia yang berpecah-pecah berbanding penyelarasan.
"Pengawalseliaan makanan penting untuk kualiti dan keselamatan pengguna, namun kekurangan keseragaman dan koordinasi antara negara telah menjadi penghalang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)," katanya yang juga penulis laporan berkenaan.
Laporan tersebut bertajuk Integrasi ASEAN 2025: Cabaran dan Peluang Perdagangan PMKS ASEAN - Pandangan daripada Industri Makanan dan Minuman di bawah Inisiatif Kemakmuran ASEAN.
Fokus kali ini diberikan kepada sektor F&B untuk menilai bagaimana halangan kawal selia dan prosedur mempengaruhi penyertaan PMKS dalam perdagangan serantau.
Mengulas lanjut, Sharmila berkata bagi PMKS yang beroperasi dengan margin keuntungan yang kecil, halangan berkenaan menyukarkan mereka untuk berniaga merentasi sempadan, menyebabkan ramai yang memilih untuk menumpukan kepada pasaran tempatan atau berniaga melalui saluran tidak formal.
Berdasarkan hasil libat urus industri di Malaysia dan Thailand, laporan tersebut menekankan kepada tiga tindakan utama bagi mengukuhkan perdagangan sektor F&B dalam ASEAN.
Antara langkah yang disyorkan ialah penyelarasan pelabelan pemakanan serta pengukuhan panduan serantau berkaitan sistem maklumat makanan.
Laporan berkenaan menjelaskan bahawa panduan ASEAN yang baharu merupakan perkembangan positif, namun keseragaman antara negara anggota masih rendah dan perlu dipertingkatkan.
Turut digariskan ialah keperluan memperluas pemudahan perdagangan digital dan kebolehkesanan produk dengan memperluaskan sistem pensijilan keselamatan makanan digital menerusi Tetingkap Tunggal ASEAN, selain meningkatkan saling kebolehoperasian dengan sistem antarabangsa.
"Ini termasuk pelabelan digital seperti kod QR dan ciri kebolehkesanan yang lebih canggih bagi memudahkan pengesanan rentas sempadan serta mengurangkan pertindihan dan aktiviti perdagangan tidak sah," jelas IDEAS.
Selain itu, laporan juga menekankan pentingnya memperkukuh kesalinghubungan logistik dan koordinasi di sempadan, termasuk menangani kekangan dalam rantaian sejuk, keperluan saiz penghantaran serta ambang pengecualian, selain memastikan prosedur pelepasan kastam yang lebih konsisten.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


