KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia turun 0.2 peratus pada bulan Januari 2021 kepada 122.1 berbanding 122.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan IHP keseluruhan ini adalah disebabkan oleh kemerosotan dalam indeks Pengangkutan (-5.1 peratus); Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (-0.7 peratus); Pakaian dan Kasut (-0.4 peratus) dan Restoran dan Hotel (- 0.1 peratus) yang menyumbang 44.5 peratus kepada keseluruhan wajaran.
"Daripada 552 item yang diliputi dalam IHP, 340 item menunjukkan peningkatan pada Januari 2021 berbanding Januari 2020 sementara 138 item mencatatkan penurunan dan 74 item tidak berubah.
Berdasarkan prestasi 552 item mengikut kategori barangan dan perkhidmatan, Barang Tidak Tahan Lama (296 item) adalah kategori paling banyak mengalami kenaikan harga iaitu 208 item sementara harga untuk 71 item menurun dan 17 item tidak berubah.
Selain itu, Pelbagai Barangan & Perkhidmatan turut menunjukkan peningkatan 1.8 peratus dan diikuti Minuman Alkohol dan Tembakau (0.7 peratus); Kesihatan (0.7 peratus); Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraaan Isi Rumah (0.2 peratus) dan Pendidikan (0.2 peratus).
"IHP tanpa bahan api meningkat 0.5 peratus pada Januari 2021 kepada 113.6 berbanding 112.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. IHP tanpa bahan api adalah meliputi semua barang dan perkhidmatan kecuali Petrol Tanpa Plumbum RON95, Petrol Tanpa Plumbum RON97 dan Diesel," jelas beliau.
Purata harga RON95 menunjukkan penurunan pada Januari 2021 iaitu RM1.87 per liter berbanding RM2.08 pada Januari 2020.
Di samping itu, purata harga RON97 menurun kepada RM2.17 per liter berbanding RM2.58 manakala purata harga diesel susut kepada RM2.04 per liter berbanding RM2.18 pada bulan yang sama tahun sebelumnya
Indeks teras meningkat 0.7 peratus pada Januari 2021 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
Indeks teras meliputi barangan tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan harga dikawal.
Walaupun perubahan IHP tahunan menurun, perubahan IHP bulanan meningkat 1.2 peratus berbanding Disember 2020.
Menurut Jabatan Perangkaan, lima negeri iaitu Terengganu (0.3 peratus), Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (0.2 peratus), Kelantan (0.2 peratus), Kuala Lumpur (0.1 peratus) dan Pahang (0.1 peratus) menunjukkan peningkatan melepasi paras IHP nasional -0.2 peratus pada Januari 2021 berbanding Januari 2020.
Kesemua negeri kecuali Sabah dan Labuan mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 24 2021

Indeks Harga Pengguna Malaysia turun 0.2 peratus pada bulan Januari 2021 kepada 122.1 berbanding 122.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. - Gambar fail

Lelaki maut ketika mencari siput
Mangsa ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia petang tadi.

Intervensi awal penting bagi anak sindrom down belajar dan berdikari - Ras Adiba
Intervensi awal amat penting untuk anak-anak Sindrom Down bagi memastikan mereka dapat belajar lebih cepat dan mampu berdikari.

Kerajaan negeri, pihak berkuasa keselamatan pantau SOP bazar Ramadan
Kerajaan negeri akan meminta kerjasama daripada pihak berkuasa keselamatan seperti polis dan askar.

Jaringan Leandro, Bergson bantu JDT atasi Sri Pahang FC
Jaringan dua pemain import Leandro Velazquez dan Bergson da Silva menghadiahkan kemenangan kesembilan buat Johor Darul Ta'zim (JDT).

COVID-19 | Peningkatan kes global membimbangkan - WHO
Jumlah kes COVID-19 global setiap minggu meningkat hampir dua kali ganda sepanjang dua bulan lepas. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, jumlah kes baharu ketika ini semakin hampir mencecah kadar jangkitan tertinggi yang pernah direkodkan dalam pandemik ini.

Kelindan lori terlibat kemalangan dengan ambulans meninggal dunia
Kelindan lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah ambulans membawa pesakit COVID-19, maut ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada Jumaat.

Iklan Judi Raya | Pelakon akui silap, patut ambil tahu isi kandungan
Pelakon iklan kontroversi Hari Raya yang tular pada Jumaat, tampil membuat penjelasan dan mengakui dia serta pelakon-pelakon lain yang terlibat, tidak tahu iklan itu dikaitkan dengan aktiviti judi. Saifullah Mohd Yunus mendedahkan kepada MStar, dia hanya mengetahui iklan terbabit mempromosikan perjudian dalam talian selepas 70 peratus proses penggambaran selesai.

Video Tular | Iklan judi hina agama Islam - JAKIM
Kandungan video dipercayai mengandungi iklan judi sempena Hari Raya Aidilfitri menimbulkan kegusaran dan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

Bazar Ramadan | MBPP keluarkan 23 notis amaran
23 notis amaran dikeluarkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kepada penganjur =bazar Ramadan di negeri itu yang gagal memastikan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh tiga hari Ramadan.

Takziah | Jenazah Abu Bakar selamat dikebumikan
Jenazah pelakon veteran Abu Bakar Omar, 72 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru di Alor Setar, pada 5.40 petang Jumaat. Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al Ghufran, Jalan Pegawai dari kediamannya di Jalan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang untuk disembahyangkan.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman Indeks Harga Pengguna
Pada 9 pagi, unit tempatan itu susut 10 mata asas kepada 4.1320/1360 berbanding dolar AS daripada 4.1310/1350 ketika mengakhiri urus niaga petang Isnin.

Inflasi keseluruhan akan meningkat pada suku kedua, menyederhana kepada 2.5-4.0 peratus pada 2021 - Gabenor BNM
Inflasi keseluruhan yangmengukur jumlah inflasi ekonomi ialah pada -1.2 peratus pada suku kedua 2020 semasa negara ini diletakkan di dalam sekatan pergerakansepenuhnya.

IHP meningkat perlahan kepada 0.1 peratus pada Februari 2021
Daripada 552 item yang diliputi di dalam IHP, 326 item menunjukkan peningkatan pada Februari 2021.

IHP turun 0.2 peratus pada Januari 2021 - Perangkaan
Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia turun 0.2 peratus pada bulan Januari 2021 kepada 122.1 berbanding 122.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Indeks Harga Pengguna susut 1.7 peratus pada November - Jabatan Perangkaan
Indeks Harga Pengguna (IHP) menurun 1.7 peratus pada November 2020 kepada 120.0 berbanding 122.1 pada bulan yang sama tahun lalu.

Persatuan pengguna di Malaysia belum cukup agresif - Pakar ekonomi
Persatuan penguna di Malaysia disifatkan belum cukup 'agresif' dalam memperjuangkan hak-hak pengguna seperti di negara-negara luar.

Indeks Harga Pengguna turun 2.9 peratus pada April 2020 - Jabatan Perangkaan
Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan April lalu menyaksikan penurunan sebanyak 2.9 peratus pada April lalu menjadi 11.7.6 berbanding 121.1 pada bulan yang sama tahun lalu.

Kerajaan sedang rangka Indeks Kos Hidup - Guan Eng
Kerajaan kini sedang merangka indeks kos hidup untuk memperlengkap kewujudan Indeks Harga Pengguna (IHP).

Bank Negara sangkal kebimbangan mengenai deflasi
Gabenor BNM berkata sekiranya merujuk kepada senarai kumpulan utama bagi IHP, lebih separuh masih mencatatkan peningkatan harga.

Ekonomi 2018 tumbuh sihat sebab polisi kerajaan jelas - Guan Eng
Guan Eng berkata inflasi 2018 juga mempunyai purata 1 peratus tahun ke tahun, merupakan kadar terendah yang dicatatkan dalam tempoh 9 tahun.