Sukan SEA: Malaysia pecah rekod pingat tertinggi di luar Kuala Lumpur - MSN

Malaysia telah menempa sejarah baharu di Sukan SEA sebaik mereka merangkul pingat ke-217 negara, pada edisi ke-33 temasya sukan dwitahunan tersebut. - Gambar Facebook MSN
BANGKOK: Kontinjen negara berjaya memecahkan rekod jumlah pingat tertinggi Sukan SEA di luar Kuala Lumpur selepas memungut 221 pingat setakat ini bagi edisi 2025 di sini, hari ini.
Ringkasan AI
- Kontinjen negara memecahkan rekod jumlah pingat tertinggi Sukan SEA di luar Kuala Lumpur dengan mengumpul 221 pingat bagi edisi 2025 di Thailand.
- Rekod tersebut dicapai apabila skuad kriket wanita meraih pingat perak dalam acara T20, menjadikan jumlah pingat tertinggi dalam sejarah Sukan SEA di luar Kuala Lumpur.
- Walaupun kalah kepada Thailand, pencapaian tersebut merupakan prestasi terbaik skuad kriket wanita Malaysia setakat ini, menunjukkan peningkatan dari prestasi sebelum ini.
"Detik bersejarah tercipta apabila pingat ke-217 diraih menerusi kriket wanita T20, sekali gus melengkapkan catatan jumlah pingat tertinggi kontinjen negara dalam temasya Sukan SEA di luar Kuala Lumpur, mengatasi rekod 216 pingat yang dicatat pada Sukan SEA Korat, Thailand 2007," menurut hantaran tersebut.
Setakat pukul 5.45 petang waktu tempatan, Malaysia telah mengutip 54 pingat emas, 55 perak dan 112 gangsa pada Sukan SEA Thailand 2025.
Walaupun tumpas kepada Thailand, pencapaian skuad kriket wanita dalam acara T20 merupakan rekod terbaik mereka setakat ini, selepas pulang dengan gangsa pada edisi 2017 di Kuala Lumpur dan 2023 di Kemboja.
Temasya Sukan SEA Thailand 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Dis ini melibatkan dua wilayah iaitu Bangkok dan Chonburi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


