awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikhlas Capital milik Nazir Razak melabur sehingga RM188.5 juta dalam Food Empire Singapura

Dagang News
Dagang News
25/06/2024
01:00 MYT
Ikhlas Capital milik Nazir Razak melabur sehingga RM188.5 juta dalam Food Empire Singapura
Tan Sri Nazir Razak, bekas pengerusi CIMB Group Holdings Bhd. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sekumpulan pelabur termasuk bekas pengerusi CIMB Group Holdings Bhd, Tan Sri Nazir Tun Razak melabur sehingga AS$40 juta (RM188.5 juta) dalam Food Empire Holdings Ltd melalui terbitan nota boleh tukar tebus (REN).
Menurut theedgesingapore.com, pelaburan itu dibuat melalui syarikat tujuan khas di bawah firma pelaburan Ikhlas Capital Singapura.
Selain Nazir sebagai rakan Pengasas dan Pengerusi Ikhlas Capital, ia termasuk Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan CIMB, Kenny Kim; bekas Menteri Perdagangan Indonesia, Gita Wirjawan dan bekas Setiausaha Kewangan Filipina, Cesar Purisima.
Pelabur Ikhlas Capital termasuk lebih 50 institusi ASEAN dan pejabat keluarga, kata portal itu.
Di bawah terma terbitan itu, REN, yang mempunyai tempoh lima tahun, membawa faedah tahunan sebanyak 5.5% dan boleh ditukar kepada saham Food Empire baharu pada AS$1.09 (RM5.14) setiap satu.
"Lembaga pengarah percaya selain suntikan modal, kehadiran, pengetahuan dan rangkaian tempatan Ikhlas Capital di Asia Tenggara akan membantu kumpulan itu mempercepatkan lagi pertumbuhan berskala di Asia Tenggara dan antarabangsa," kata Food Empire. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Food Empire
#Nazir Razak
#Singapura
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan