awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IMF unjur ekonomi global mampu elak kemelesetan 2023

Bernama
Bernama
13/01/2023
15:49 MYT
IMF unjur ekonomi global mampu elak kemelesetan 2023
Unjuran terbaharu IMF yang dikeluarkan pada Oktober, menjangkakan ekonomi global berkembang 2.7 peratus pada 2023. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak menjangkakan ekonomi global akan mengalami kemelesetan tahun ini walaupun kejatuhan berterusan akibat inflasi yang tinggi dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, lapor dpa.
Pertumbuhan akan perlahan berbanding 2022, kata Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva pada malam Khamis. Beliau berkata kemelesetan perlu dielakkan.
Unjuran terbaharu IMF yang dikeluarkan pada Oktober, menjangkakan ekonomi global berkembang 2.7 peratus pada 2023. Georgieva berkata unjuran ekonomi terkini IMF yang dijangka diumumkan pada penghujung Januari tidak akan mengubah prospek dengan ketara.
Kumpulan itu menganggarkan ekonomi global berkembang 3.2 peratus pada tahun lepas.
Unjuran IMF itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ekonomi Amerika Syarikat akan meleset tahun depan. Namun Georgieva berkata kemelesetan di Amerika Syarikat, ekonomi terbesar dunia, jika berlaku mungkin lebih kecil.
Georgieva berkata keputusan China untuk menamatkan strategi sifar COVID yang agresif boleh membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang kukuh di negara itu dan sekali lagi menjadikan China sebagai pemacu ekonomi global.
Georgieva berkata pembangunan ekonomi di China sepanjang tahun lepas, semasa kerajaan pusat melaksanakan langkah tegas untuk membendung coronavirus, "sangat mengecewakan."
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#IMF
#kemelesetan ekonomi dunia
#2023
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan