KUALA LUMPUR: Indeks nilai seunit import Malaysia menunjukkan trend positif bulan ke bulan dengan pertumbuhan 0.6 peratus kepada 128.7 mata pada Februari 2023 daripada 128.0 mata kepada Januari 2023.
Jabatan Perangkaan Malaysia dalam laporan Indeks Perdagangan Luar Negeri (2010=100) Februari 2023 berkata peningkatan dalam indeks nilai seunit import disumbangkan oleh kenaikan indeks alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (1.4 peratus), minyak galian (1.1 peratus) dan pelbagai barang keluaran kilang (0.3 peratus).
Ia berkata indeks volum import bagaimanapun merosot 2.5 peratus berbanding bulan sebelumnya disebabkan penurunan indeks pelbagai barang keluaran kilang (16.2 peratus), barang-barang keluaran kilang (11.4 peratus) dan alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (9.7 peratus).
Indeks volum import pelarasan bermusim mengembang 10.9 peratus daripada 165.6 mata kepada 183.6 mata, katanya.
Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan indeks nilai seunit import bertambah 4.6 peratus manakala indeks volum melonjak 7.7 peratus.
Sementara itu, harga eksport Malaysia pada Februari 2023 menyusut 1.0 peratus daripada 142.7 mata pada bulan sebelumnya kepada 141.2 mata.
Menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, penurunan nilai seunit eksport adalah disebabkan penurunan dalam indeks minyak galian (3.6 peratus), minyak dan lemak binatang dan sayur-sayuran (2.7 peratus) dan alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (0.4 peratus).
Selain itu, indeks volum eksport meningkat 0.7 peratus pada bulan yang sama, selaras dengan kenaikan indeks barang-barang keluaran kilang (16.4 peratus), makanan (14.8 peratus) dan bahan kimia (6.9 peratus), kata Jabatan Perangkaan.
Indeks volum eksport pelarasan bermusim melonjak 11.7 peratus daripada 149.8 mata kepada 167.4.
Merujuk kepada perbandingan tahunan, indeks nilai seunit eksport naik 4.4 peratus manakala indeks volum meningkat 5.2 peratus.
Jabatan Perangkaan turut melaporkan terma perdagangan Malaysia menguncup 1.6 peratus bulan ke bulan kepada 109.7 mata pada Februari 2023, didorong oleh kejatuhan indeks minyak galian (4.6 peratus), minyak dan lemak binatang dan sayur-sayuran (4.0 peratus) dan alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (1.8 peratus).
Bagi perbandingan tahun ke tahun, terma perdagangan Malaysia menyusut 0.2 peratus daripada 109.9 mata pada Februari 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2023
Harga eksport Malaysia pada Februari 2023 menyusut 1.0 peratus daripada 142.7 mata pada bulan sebelumnya kepada 141.2 mata. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Sektor perdagangan borong, runcit cecah RM150 bil pada Okt 2024 - DOSM
Menurut DOSM, pertumbuhan ini melebihi 5.0 peratus kenaikan pada bulan September, memberi isyarat akan daya tahan sektor itu dalam persekitaran ekonomi yang stabil.
Gaji, upah rakyat Malaysia naik 6.9 peratus - DOSM
Jurang purata gaji dan upah antara negeri masih melebar apabila Putrajaya merekodkan purata RM4,858 manakala Kedah mencatatkan purata RM2,859.
Selangor pertimbang tubuh jabatan data, mantapkan perancangan pembangunan negeri - Amirudin
Kerajaan Selangor sedia menimbangkan cadangan menubuhkan sebuah jabatan bagi mengumpul dan mentafsir data terkini pelbagai sektor berkepentingan untuk memantapkan perancangan pembangunan negeri.
Pengukuhan ekonomi Suku-3 letak Malaysia di landasan pertumbuhan 4.8-5.3 peratus pada 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada Suku Ketiga (S3) 2024 mencerminkan keyakinan perniagaan dan juga pengguna terhadap ekonomi Malaysia.
UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.
Permintaan tenaga buruh catat bilangan tertinggi pada suku ketiga 2024 - DOSM
Permintaan tenaga buruh pada suku ketiga tahun ini mencatatkan bilangan tertinggi sejak kali terakhir direkodkan pada 2018, iaitu dengan penawaran sebanyak 9.01 juta jawatan.
Ketirisan subsidi harus ditangani menerusi data tepat DOSM - PM Anwar
Kebocoran atau ketirisan subsidi yang disalurkan kerajaan kepada rakyat, harus ditangani menerusi bantuan maklumat dan data tepat yang diusahakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Kesalahan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak meningkat 21.1 peratus pada 2023
Kesalahan amang seksual secara fizikal terhadap kanak-kanak pada 2023 mencatatkan peningkatan 21.1 peratus.
DOSM rai 75 tahun perkhidmatan statistik bersama rakyat
Sambutan ulang tahun ini melambangkan pencapaian penting sepanjang tiga suku abad DOSM berkhidmat kepada negara, menyajikan statistik yang mendalam mengenai ekonomi, sosial, dan budaya masyarakat.
Harga eksport Malaysia susut 0.6 peratus kepada 149.3 mata pada September - Jabatan Perangkaan
Harga eksport Malaysia pada September 2024susut 0.6 peratus kepada 149.3 mata daripada 150.3 mata pada bulan sebelumnya manakala harga import jatuh 1.9 peratus kepada 127.1 mata.