awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut dalam kemalangan libatkan tiga kenderaan di Seremban

Bernama
Bernama
22/12/2025
01:00 MYT
Dua maut dalam kemalangan libatkan tiga kenderaan di Seremban
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan muka sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Mambau di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata insiden pada 9.34 malam itu melibatkan sebuah Proton Waja dan dua motosikal jenis Honda yang ditunggang oleh mangsa masing-masing berusia 41 dan 46 tahun.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah daripada motosikal terbabit memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar cermin sisi Proton Waja dan merempuh motosikal di belakang kereta itu.
"Akibat kemalangan itu, kedua-dua penunggang motosikal yang bekerja sebagai pemandu lori mengalami kecederaan parah di kepala dan muka sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azahar berkata mangsa yang maut dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat manakala pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#laluan bertentangan
#rempuh kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami