awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit 'walk-in'
Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks Pengeluaran Perindustrian meningkat 1.7 peratus pada Dis 2020

Bernama
Bernama
08/02/2021
04:36 MYT
Indeks Pengeluaran Perindustrian meningkat 1.7 peratus pada Dis 2020
Output sektor elektrik menurun sedikit 0.2 peratus pada Disember 2020 berbandingbulan yang sama pada tahun sebelumnya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 1.7 peratus pada bulan Disember 2020 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya, dipacu oleh indek pembuatan sebanyak 4.1 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Bagaimanapun, indeks perlombongan dan elektrik, masing-masing menyusut 5.4 peratus dan 0.2 peratus.
Jabatan Perangkaan berkata output sektor pembuatan berdasarkan perbandingan tahun ke tahun meningkat 4.1 peratus pada bulan Disember 2020 selepas mencatatkan pertumbuhan 2.0 peratus pada bulan November 2020.
"Subsektor utama yang menyumbang kepada kenaikan sektor pembuatan padabulan Disember 2020 adalah kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (8.4 peratus), produkpetroleum, kimia, getah dan plastik (7.7 peratus) dan produk peralatan elektrik dan elektronik (7.6 peratus), katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Ia menambah output sektor perlombongan menguncup 5.4 peratus pada bulan Disember 2020 berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya dan kemerosotan itu disebabkan oleh penurunan dalam indeks minyak mentah dan kondensat (-9.0 peratus) serta indeks gas asli (-2.5 peratus).
Output sektor elektrik menurun sedikit 0.2 peratus pada Disember 2020 berbandingbulan yang sama pada tahun sebelumnya.
Sementara itu, IPP bagi suku tahun keempat 2020 jatuh 0.3 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya dan ini terutamanya disebabkan oleh penguncupan dalamperlombongan (-10.5 peratus) dan elektrik (-0.6 peratus).
Bagaimanapun, sektor pembuatan merekodkan peningkatan 2.8 peratus.
Topic Berkaitan
#Indeks Pengeluaran Perindustrian
#IPP
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan