awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ONSA pastikan internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga - MCMC
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
MediaTek lancar cip Dimensity 7100 untuk peranti 5G mampu milik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi

Amzar Alif
Amzar Alif
01/01/2026
09:25 MYT
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
LADA menyasarkan kunjungan 3.65 juta pelancong dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM8.38 bilion tahun ini selari dengan pelaksanaan kempen VM2026. -Gambar LADA
LANGKAWI: Langkawi terus diperkukuh sebagai destinasi pelancongan utama negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) melalui penekanan terhadap keindahan alam semula jadi dan perancangan acara berskala besar sepanjang tahun.

Ringkasan AI
  • Langkawi diperkukuh sebagai destinasi pelancongan utama negara dalam Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dengan penekanan kepada keindahan alam semula jadi dan acara berskala besar sepanjang tahun.
  • Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan kunjungan 3.65 juta pelancong dengan pendapatan pelancongan RM8.38 bilion tahun ini, seiring dengan pelaksanaan kempen VM2026.
  • Langkawi menonjol dengan keaslian alam semula jadi yang tidak dibuat-buat, seperti pantai, gunung berusia ratusan juta tahun, dan air terjun, sementara hospitaliti masyarakat tempatan turut menjadi tarikan utama.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan kunjungan 3.65 juta pelancong dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM8.38 bilion tahun ini selari dengan pelaksanaan kempen VM2026.
Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Seri Iskandar Mohd Kaus, berkata kekuatan utama Langkawi terletak pada keaslian alam semula jadinya yang tidak dibuat-buat dan kekal menjadi tarikan utama kepada pelancong domestik serta antarabangsa.
Menurutnya, keseluruhan landskap Langkawi yang terdiri daripada elemen semula jadi termasuk pantai, gunung berusia ratusan juta tahun serta air terjun yang membentuk identiti unik pulau legenda itu.
“Pulau Langkawi segala yang kita ada semuanya semula jadi, dan kecantikan Langkawi adalah kecantikan semula jadi yang tidak dibuat-buat oleh manusia untuk menarik pelancong.
“Daripada segi layanan, hospitaliti Langkawi terkenal dengan sifat pemurah dan peramah masyarakat tempatan,” katanya pada majlis pelancaran kalendar acara Langkawi 2026 dan sambutan malam ambang tahun baharu di Dataran Lang.
Dalam usaha menyokong kempen VM2026, LADA merancang sebanyak 50 acara besar di Langkawi yang merangkumi segmen sukan, budaya dan komuniti sepanjang tahun ini.
Iskandar berkata, perancangan itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2025 apabila sebanyak 42 program besar melibatkan 132 aktiviti telah berjaya dilaksanakan.
“Untuk menerima Visit Malaysia 2026, LADA merancang 50 acara besar di Langkawi yang merangkumi sukan, komuniti dan budaya, dengan keseluruhan 151 aktiviti,” jelasnya.
Beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan program berkenaan bukan hanya digerakkan oleh LADA semata-mata, sebaliknya melibatkan kerjasama rapat dengan pelbagai agensi serta pemain industri tempatan.
“Kelebihan LADA ialah keakraban kami dengan semua agensi di Langkawi termasuk pemain industri, dan kerjasama ini membolehkan apa yang dirancang dapat dilaksanakan secara berkesan,” ujarnya.
Tambah beliau, pendekatan bersepadu itu penting bagi memastikan Langkawi terus kekal relevan, berdaya saing dan mampu memberikan pengalaman pelancongan yang konsisten kepada pengunjung.
Usaha berterusan ini dijangka memperkukuh kedudukan Langkawi sebagai identiti pelancongan negara, sekali gus menyokong kejayaan VM2026 di peringkat domestik dan antarabangsa.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah pelancong yang Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sasarkan untuk kunjungi Langkawi tahun ini? A: LADA menyasarkan kunjungan 3.65 juta pelancong ke Langkawi tahun ini.
  • Q: Apakah keistimewaan utama Langkawi yang menjadi tarikan kepada pelancong domestik dan antarabangsa? A: Keistimewaan utama Langkawi adalah keindahan alam semula jadi seperti pantai, gunung berusia ratusan juta tahun, dan air terjun yang menjadikan pulau itu unik.
  • Q: Berapakah jumlah acara besar yang dirancang oleh LADA di Langkawi dalam menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026? A: LADA merancang sebanyak 50 acara besar di Langkawi yang merangkumi sukan, budaya, dan komuniti sepanjang tahun ini untuk menyokong kempen VM2026.

Topic Berkaitan
#VM2026
#Visit Malaysia 2026
#Datuk Seri Iskandar Mohd Kaus
#LADA
#Lembaga Pembangunan Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan