KUALA LUMPUR: Indeks penanda aras Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan lebih tinggi, dipacu oleh minat belian terhadap saham Petronas Chemicals yang melonjak lebih daripada 20 peratus kerana pelabur melihatnya berpotensi meraih keuntungan daripada krisis di Iran disebabkan oleh bekalan bahan mentah domestik dan kelebihan kosnya.
Saham Petronas Chemicals naik 78 sen atau 22.2 peratus kepada RM4.29, menyumbang 10.3 mata terhadap peningkatan indeks.
Advertisement
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.86 mata atau 0.28 peratus kepada 1,718.06 daripada paras penutup 1,713.20 ketika ditutup pada Khamis.
Ketika dibuka, indeks itu dibuka rendah 0.60 mata kepada 1,712.60 dan bergerak antara 1,708.48 dan 1,719.95 pada sepanjang sesi dagangan.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 675 berbanding 411 manakala 518 kaunter tidak berubah, 1,018 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.71 bilion unit bernilai RM4.05 bilion daripada 2.85 bilion unit bernilai RM3.26 bilion pada Khamis.
Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI ditutup lebih tinggi hari ini, meneruskan peningkatannya untuk sesi kedua berturut-turut apabila aktiviti pemburuan saham murah muncul susulan kelemahan dicatatkan awal minggu ini.
Beliau berkata peningkatan itu didorong kebanyakannya oleh saham dikaitkan dengan sektor bahan asas, utiliti dan tenaga yang membantu menyokong indeks lebih luas dan berlegar di sekitar paras psikologi pada 1,700, menunjukkan bahawa sokongan teknikal jangka pendek kekal kukuh walaupun berlaku turun naik baru-baru ini.
“Meskipun ketegangan memuncak di Timur Tengah, pelabur asing menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia semalam, menunjukkan bahawa dana antarabangsa kekal terlibat secara selektif dengan pasaran Malaysia,” kata Mohd Sedek kepada Bernama.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank naik enam sen kepada RM11.76, Press Metal meningkat 16 sen kepada RM7.81, SD Guthrie tidak berubah pada RM5.60, Public Bank turun tiga sen kepada RM4.87 dan CIMB merosot tujuh sen kepada RM7.97.
Bagi saham paling aktif, Pegasus Heights melonjak setengah sen kepada satu sen, Lotte Chemical menambah 14.5 sen kepada 48.5 sen, Velesto meningkat satu sen kepada 33 sen, AirAsia X berkurangan 14 sen kepada RM1.28 dan Capital A berkurangan 2.5 sen kepada 43 sen.
Saham paling untung menyaksikan Kuala Lumpur Kepong naik 64 sen kepada RM19.36, MISC melonjak 46 sen kepada RM8.70, United Plantations meningkat 28 sen kepada RM30.28 dan PPB menokok 24 sen kepada RM11.14.
Dalam kalangan saham paling rugi, Nestle turun RM2.30 kepada RM105.80, Malaysian Pacific Industries menguncup 94 sen kepada RM30.10, Allianz Malaysia merosot 52 sen kepada RM20.86 dan Hong Leong Industries menguncup 40 sen kepada RM17.18.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 10.03 mata kepada 12,527.36, Indeks FBMT 100 menokok 12.52 mata kepada 12,367.41, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 33.06 mata kepada 12,206.80, Indeks FBM 70 susut 84.15 mata kepada 17,103.33 dan Indeks FBM ACE merosot 96.43 mata kepada 4,400.03.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun kepada 64.71 mata kepada 20,788.05, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 4.13 mata kepada 178.29, Indeks Tenaga meningkat 10.33 mata meningkat kepada 795.27, Indeks Perladangan menambah 61.54 mata kepada 8,248.44.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.50 bilion unit bernilai RM3.80 bilion berbanding 1.82 bilion unit bernilai RM3.05 bilion.
Jumlah waran pula melonjak kepada 881.10 juta unit bernilai RM110.871 juta daripada 731.61 juta unit bernilai RM100.29 juta semalam.
Di Pasaran ACE, jumlah dagangan melonjak kepada 326.47 juta unit bernilai RM138.63 juta daripada 290.47 juta unit bernilai RM104.73 juta sebelum itu.
Kaunter produk pengguna dan perkhidmatan menyumbang 502.57 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (457.68 juta), pembinaan (203.70 juta), teknologi (189.67 juta), perkhidmatan kewangan (129.10 juta), hartanah (310.11 juta), perladangan (31.14 juta), hartanah (19.17 juta), dana tertutup (43,300), tenaga (387.30 juta), penjagaan kesihatan (139.74 juta), telekomunikasi dan media (49.58 juta), pengangkutan dan logistik (56.39 juta), utiliti (32.35 juta) serta amanah perniagaan (320,100).
-- BERNAMA