Skip to main content

Dunia

Lambakan tikus, parasit cetus ancaman kesihatan di kem pelarian Gaza

Palestinians walk past piles of garbage and waste near tents for displaced people, amid the spread of rodents, in Khan Younis in the southern Gaza Strip, April 27, 2026. REUTERS/Haseeb Alwazeer
Situasi itu berlaku ketika sebahagian besar daripada kira-kira dua juta penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal dan kini terpaksa berlindung di khemah sementara serta runtuhan bangunan yang dikelilingi timbunan sampah dan sisa kumbahan. -Foto Reuters

KHAN YOUNIS: Lambakan tikus dan parasit mula membanjiri kem pelarian di Gaza, mencetuskan kebimbangan apabila kanak-kanak dilaporkan cedera akibat digigit ketika tidur, selain meningkatkan risiko penularan pelbagai penyakit berjangkit.

Situasi itu berlaku ketika sebahagian besar daripada kira-kira dua juta penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal dan kini terpaksa berlindung di khemah sementara serta runtuhan bangunan yang dikelilingi timbunan sampah dan sisa kumbahan.

Advertisement

Antara yang terkesan ialah Amani Abu Selmi, 20, yang berkongsi detik hiba apabila kelengkapan perkahwinannya rosak akibat digigit tikus di dalam khemah perlindungan keluarganya di sini, baru-baru ini.

“Kesemua kegembiraan saya hilang dan bertukar menjadi duka serta remuk hati apabila melihat barangan perkahwinan saya musnah,” katanya kepada Reuters sambil menunjukkan kesan lubang pada gaun pengantin tradisional miliknya.

Selain kerosakan harta benda, ancaman haiwan perosak itu turut menyebabkan kecederaan fizikal.

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan digigit pada bahagian tangan dan jari kaki beberapa minggu lalu.

Bapa kanak-kanak berkenaan, Khalil Al-Mashharawi, berkata beliau sendiri turut menjadi mangsa gigitan tikus pada Jumaat lalu.

Krisis kebersihan di Gaza dilaporkan semakin meruncing susulan ketiadaan sistem pelupusan sampah yang berfungsi serta kekurangan bekalan air bersih, sekali gus mewujudkan persekitaran kondusif untuk pembiakan tikus dan peningkatan risiko wabak penyakit.

 

Must Watch Video