awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India import lebih 500,000 tan minyak sawit Malaysia pada Januari

Bernama
Bernama
13/02/2021
09:07 MYT
India import lebih 500,000 tan minyak sawit Malaysia pada Januari
Import minyak sawit negara berjumlah 780,741 tan pada bulan lepas, iaitu 73 peratus daripada semua import minyak sayuran. - Gambar/ tk tan@Pixabay
NEW DELHI:India mengimport lebih 500,000 tan minyak sawit dari Malaysia pada Januari daripada keseluruhan import minyak makan sebanyak 1.07 juta tan.
Import dari Malaysia terdiri daripada 497,337 tan minyak sawit mentah (MSM), 9,204 tan minyak isirung sawit mentah dan 2,701 tan olein sawit RBD, berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh sebuah kumpulan industri.
Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) berkata import MSM dari Malaysia oleh India pada Januari adalah lebih 23 peratus daripada pembelian pada Disember.
Import minyak sawit negara berjumlah 780,741 tan pada bulan lepas, iaitu 73 peratus daripada semua import minyak sayuran.
Bahagian minyak sawit daripada import pada Disember sebanyak 58 peratus, dan import kacang soya merosot dengan ketara mengurangkan bahagian minyak masak sebatian berbanding minyak sawit pada Januari, menurut SEA.
Import minyak makan merosot kepada 1.07 juta tan pada bulan lepas daripada 1.32 juta tan pada Disember.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#sea
#minyak sawit
#import
#MSM
#RBD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan