awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia mahu kurangkan import sebagai strategi pemulihan ekonomi

Bernama
Bernama
28/10/2015
02:54 MYT
Indonesia mahu kurangkan import sebagai strategi pemulihan ekonomi
Kata Jusuf Indonesia juga akan memperhebatkan projek pertanian sehingga mampu memberi pekerjaan kepada rakyatnya dalam pelbagai lapangan. - Gambar Fail
Indonesia mahu memperkukuhkan pasaran domestik dan mengurangkan import sebagai langkah memulihkan kelembapan ekonomi republik itu, kata Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.
Katanya strategi memperkuatkan pasaran domestik dapat membantu pemulihan ekonomi berikutan Indonesia mempunyai jumlah penduduk yang besar dan masih mampu mempunyai kuasa beli.
Beliau berkata selain itu kerajaan Indonesia juga akan memperhebatkan projek pertanian sehingga mampu memberi pekerjaan kepada rakyatnya dalam pelbagai lapangan.
"Kita mengurangi barang import, memperbanyakkan projek infrastruktur, membiayai pelbagai belanja pemerintah sehingga daya beli tetap ada, kemudian memperkuat pertanian sehingga import kita dikurangi sampai dua hingga tiga tahun lagi," katanya dalam wawancara khas bersama Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Jusuf berkata misi kerajaan pimpinan Joko Widodo-Jusuf Kalla yang memasuki tempoh setahun itu adalah meningkatkan kesejahteraan, kemakmuran dan kebaikan rakyatnya dalam bidang ekonomi, politik serta keadilan.
"Kita jalankan dengan program sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak 7 peratus dalam tempoh dua tahun dan setakat ini pertumbuhan ekonomi Indonesia ialah 5.7 peratus dan kelembapan ekonomi berlaku akibat krisis ekonomi di Asia dan di dunia," katanya.
Bagaimanapun, Jusuf berkata asas ekonomi Indonesia masih kukuh kerana mempunyai sumber alam dan komoditi untuk dipasarkan secara domestik dan eksport seperti batubara, besi serta industri sawit.
Mengenai pengalaman mentadbir negara di bawah dua presiden, Jusuf berkata sebagai seorang profesional yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik, beliau dapat bekerja dengan sesiapa sahaja.
Jusuf sebelum ini berkhidmat di bawah pimpinan presiden Susilo Bambang Yudhoyono sebelum terpilih sekali lagi sebagai Naib Presiden di bawah pimpinan Joko Widodo.
"Selama lima tahun dengan Susila Bambang dan kemudian dengan presiden sekarang, saya profesional, tidak punya satu parti (politik) apapun, dapat bekerjasama dengan siapa sahaja dan yang paling penting saya menjalankan pemerintahan mendukung kemajuan pemerintah dengan baik dan mendapat sokongan rakyat," katanya.
Ditanya sama ada terdapat perbezaan sistem pemerintahan, beliau berkata yang berbeza cuma gaya kepimpinan sahaja tetapi prinsip dan tujuan pemerintahan adalah sama.
Pasangan Joko Widodo dan Jusuf Kalla terpilih menerajui kerajaan setelah memenangi pilihan raya Presiden pada Oktober tahun lepas. Mereka mengalahkan gandingan Prabowo SubiantoHatta Rajasa.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Indonesia
#Jakarta
#Jusuf Kalla
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan