awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
09/02/2026
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Februari 2026.
1. Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah menentang aktiviti penternakan babi, namun operasi sedemikian tidak wajar diteruskan jika dijalankan di kawasan yang menimbulkan kegelisahan penduduk setempat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2. Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 52 tahun bagi membantu siasatan kes mendatangkan cedera dan ugutan jenayah terhadap seorang pesara dalam insiden berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex, Batu 9 Cheras, pada Ahad.
3. SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
Mulai hari ini, kerajaan menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Semua, melibatkan peruntukan RM2.2 bilion kepada lebih 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
4. Bina rumah ibadat: Kerajaan tidak beri izin jika tidak ikut peraturan - PM Anwar
Kerajaan tidak akan memberi keizinan terhadap mana-mana pembinaan rumah ibadat yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5. Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan JS-SEZ dilancar 30 Mac ini di Johor Bahru
Pelan induk dan pelan tindakan pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan dilancarkan pada 30 Mac ini di Johor Bahru.
6. Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah Persekutuan hari ini mengembalikan kes hasutan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.
7. Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
8. PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap kementerian dan agensi mempertingkat serta mempercepatkan pelaksanaan keputusan yang dipersetujui bagi memastikan agenda digital dan kecerdasan buatan (AI) negara digerakkan dengan lebih pantas, tersusun dan berkesan.
9. " Jho Low arah cek Najib jangan ditolak" - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low mengambil langkah bagi memastikan cek yang dikeluarkan daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak di AmBank tidak dipulangkan kerana dana tidak mencukupi.
10. Seleweng dana pusat dakwah: SPRM rakam percakapan pendakwah bebas, ketua jabatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam percakapan seorang pendakwah bebas dan seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pendidikan serta pusat dakwah di Kedah, bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#tempatan
#kecerdasan buatan
#PTPTN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan