Berperanan enjin ekonomi terbesar di rantau Asia Tenggara dengan jumlah penduduk 247.4 juta, Indonesia terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi namun pada kadar menurun.
Secara purata sejak tahun 2000 hingga kini, ekonomi Indonesia tumbuh sekitar 5.42 peratus tahun ke tahun dengan prestasi yang paling tinggi dicatatkan pada suku ke empat 2004 pada 7.16 peratus pada tahun tersebut.
Menurut Jabatan Statistik Indonesia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tersebut pada suku kedua tahun ini tumbuh 5.12 peratus.
Ia merupakan pertumbuhan paling perlahan sejak tahun 2009 dipacu pengurangan eksport.
Sektor perindustrian menjadi penyumbang utama kepada KDNK Indonesia iaitu sebanyak 46.5 peratus. Sementara itu, sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 38 peratus.
Eksport pada Ogos menunjukkan pertumbuhan 10.6 peratus, namun import melonjak 13.7 peratus.
Ia sekaligus menyaksikan defisit dalam imbangan dagangan sebanyak AS$318 juta.
Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Indonesia pula mencatatkan peningkatan 783 trilion rupiah sehingga suku ketiga tahun ini.
Meskipun begitu, tahap keyakinan perniagaan Indonesia mencatatkan peningkatan pada suku kedua, berada pada 106 mata berbanding 101.95 mata pada suku sebelumnya.
Secara purata ia berada pada 106.9 mata sejak tahun 2000 hingga tahun ini.
Bagaimanapun keyakinan pengguna pula jatuh kepada 119.80 mata pada September 2014 berbanding 120.20 mata pada Ogos dan secara purata ia berada pada 92.71 mata antara 2000 hingga 2014.
Pada mesyuarat Ogos, Bank Pusat Indonesia mengekalkan kadar faedah pada 7.5 peratus dengan angka paling tinggi pada Disember 2005 pada 12.75 peratus.
Inflasi pada September 2014, berada pada 4.53 peratus namun diunjurkan meningkat dengan peningkatan harga minyak yang dicadangkan.
Cabaran utama dihadapi Jokowi adalah kadar pengangguran.
Meskipun kadar pengangguran turun kepada 5.70 peratus pada suku pertama 2014, secara purata ia berada pada kadar 6.15 peratus sejak tahun 1982 sehingga kini.
Antara pemacu ekonomi lain bagi Indonesia adalah pelancongan. Pada Ogos, jumlah kedatangan pelancong meningkat 7.24 peratus kepada 826800 tahun ke tahun.
Di Bali sahaja, ia mencatatkan kedatangan 336000 pelancong bagi tempoh tersebut. Bagi tahun penuh ia mensasarkan 10 juta pelancong berbanding 8.9 juta tahun lalu.
Dari segi bajet, Indonesia mencatatkan bajet defisit pada 2.30 peratus berbanding KDNK pada 2013. Secara purata sejak tahun 1988, defisit bajet Indonesia berada pada kadar 0.91 peratus.
Hutang kerajaan pula berada pada 26.11 peratus berbanding KDNK pada 2013.
Astro Awani
Mon Oct 20 2014
Ekonomi Indonesia tumbuh sekitar 5.42 peratus tahun ke tahun.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara
Pulau Pinang menawarkan gabungan antara penjagaan perubatan berkualiti dan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Malaysia catat prestasi terbaik pasaran ekuiti Asia Tenggara 2024 - Deloitte
Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara, berbanding rakan serantau bagi tempoh 10 bulan setengah tahun ini, menurut firma perkhidmatan profesional global, Deloitte.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Malaysia antara negara teratas dalam keselamatan siber di Asia Tenggara - Kaspersky
Malaysia muncul sebagai antara negara peneraju dalam rangka kerja pengawalseliaan keselamatan siber di Asia Tenggara.
Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat Taufan Yagi di Asia Tenggara - UNICEF
Taufan Yagi menjejaskan hampir enam juta kanak-kanak dan memutuskan akses kepada sumber penting seperti air bersih, pendidikan, penjagaan kesihatan, makanan, dan tempat perlindungan.
Syarikat China lancar janaan dalam bahasa Melayu perkukuh AI di Asia Tenggara
Alto AI melancarkan LLM yang pertama dalam Bahasa Melayu bagi memperkukuh janaan AI di Asia Tenggara meliputi pelbagai bidang.
Asia Tenggara berdepan kekurangan guru yang ketara - SEAMEO
Rantau Asia Tenggara kini berdepan dengan kekurangan guru yang ketara dan boleh menghalang pembangunan generasi celik digital.
Laporan Tesla batal pengeluaran di Asia Tenggara mungkin keputusan komersial - MITI
Laporan mengenai hasrat Tesla membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan komersial operasinya.
PM Singapura mulakan lawatan pengenalan ke Brunei dan Malaysia
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, akan memulakan siri lawatan pengenalannya ke ibu kota Asia Tenggara, bermula dengan Brunei dan Malaysia, dari 11 hingga 12 Jun ini.