awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China

Bernama
Bernama
15/02/2025
20:00 MYT
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
China mengalu-alukan pengeluar kereta dari Eropah untuk meningkatkan pelaburan serta memperkukuh kehadiran mereka di pasaran China. - Gambar hiasan
BEIJING: Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao, pada Jumaat, lapor Xinhua.
China mengalu-alukan pengeluar kereta dari Eropah untuk meningkatkan pelaburan serta memperkukuh kehadiran mereka di pasaran China, kata Wang semasa panggilan video dengan Presiden Persatuan Pengeluar Automobil Eropah (ACEA) merangkap Pengerusi Lembaga Pengurusan Mercedes-Benz Group AG, Ola Kallenius.
Beliau berkata penyelesaian yang wajar terhadap siasatan kes anti-subsidi Kesatuan Eropah (EU) terhadap kenderaan elektrik China adalah selaras dengan kepentingan kedua-dua pihak, selain memenuhi harapan lebih luas dalam industri.
Menurut Wang ACEA dan Kumpulan Mercedes-Benz perlu terus memainkan peranan aktif serta menggesa Suruhanjaya Eropah membuat keputusan politik secepat mungkin. Beliau juga berharap pihak Eropah dapat bekerjasama dengan China bagi mencapai penyelesaian membina yang boleh diterima kedua-dua pihak dalam masa terdekat.
Sementara itu, Kallenius menyatakan sokongan dan harapan agar perbezaan dapat diselesaikan menerusi dialog serta rundingan lebih awal. Beliau turut menegaskan bahawa Kumpulan Mercedes-Benz akan terus komited terhadap pasaran China dan memperkukuh kerjasama dengan negara itu.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#industri automotif
#China
#eropah
#potensi kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan