awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri automotif Malaysia kini berada di ambang transformasi berskala besar

Bernama
Bernama
16/03/2023
21:00 MYT
Industri automotif Malaysia kini berada di ambang transformasi berskala besar
Messe Frankfurt yakin negara ini mempunyai rancangan automotif untuk mewujudkan lebih pengaruh di peringkat global. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Industri automotif Malaysia yang matang kini berada di ambang transformasi berskala besar, kata penganjur pameran dan acara perdagangan terbesar dunia, Messe Frankfurt (HK) Ltd.
Pengurus Besar, Fiona Chiew berkata sepanjang menganjurkan pameran perdagangan automotif - Automechanika Kuala Lumpur - selama 20 tahun, pihaknya telah mengikuti industri Malaysia dengan peserta industri.
Beliau berkata pihaknya mendapati mereka amat berminat untuk menyertai masa depan landskap automotif - seperti kenderaan elektrik (EV) dan Internet Pelbagai Benda (IoT).
"Apabila menganjurkan pameran, kami tidak mengadakannya hanya berdasarkan pemikiran kami, sebaliknya turut bekerjasama dengan rakan kongsi dan persatuan tempatan. Jadi, penganjuran acara inilah satu perkara yang kami berbincang dengan mereka, dan memaklumkan yang mereka ingin mengetahui lagi mengenai teknologi dan latihan baharu bagi pembaikan kereta.
"Kami juga menganjurkan acara EV dan rangkaian digital yang menghubungkan dan membantu mereka dengan industri serta (mendedahkan) mereka kepada produk dan perkhidmatan yang lebih terkini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Automechanika Kuala Lumpur 2023 di sini, pada Khamis.
Beliau berkata bukti lain berkaitan transformasi boleh dilihat menerusi peningkatan bilangan peserta dalam pameran perdagangan tahun ini dengan rekod tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 330 pempamer daripada 17 negara dan wilayah termasuk Australia, China, Jerman, Hong Kong, India, Itali, Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Messe Frankfurt yakin negara ini mempunyai rancangan automotif untuk mewujudkan lebih pengaruh di peringkat global, melalui inisiatif sektor swasta dan didorong dasar.
Automechanika Kuala Lumpur 2023 diadakan mulai Khamis dan sehingga 18 Mac, 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#industri automotif Malaysia
#transformasi berskala besar
#Messe Frankfurt
#Fiona Chiew
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan