awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri francais Malaysia terus kukuh - Hasan Malek

Bernama
Bernama
11/03/2015
23:27 MYT
Industri francais Malaysia terus kukuh - Hasan Malek
HASAN : Bagi memperkasa industri francais negara, kerajaan melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional yang kini dalam fasa kedua. - Gambar fail
Industri francais negara terus kukuh dengan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2014 meningkat kepada RM25.9 bilion daripada RM24.6 bilion pada 2013.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata kedudukan negara dari segi rantau juga lebih baik berbanding negara jiran.
"Jika dibandingkan dengan jumlah francaisor yang beroperasi, Malaysia berada pada kedudukan yang selesa tetapi masih boleh diperbaiki," katanya kepada pemberita selepas program ramah mesra bersama pemimpin koperasi dan pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysi (SKM) Negeri Sembilan, di sini pada Rabu.
Katanya bagi memperkasa industri francais negara, kerajaan melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional yang kini dalam fasa kedua.
Fasa pertama dari 2012 hingga 2014 membabitkan pengukuhan, fasa kedua (2015-2016) mewujudkan francais domestik yang dinamik dan fasa ketiga (2017-2020) menjadi pusat francais Asia Tenggara, katanya.
Hasan berkata pada masa ini terdapat 523 jenama francais di negara ini dengan 68 peratus adalah perniagaan yang berdaftar dengan kementerian manakala baki merupakan jenama asing.
Katanya jenama francais Malaysia juga semakin mendapat tempat di luar negara dengan 60 jenama menembusi pasaran 55 negara.
Topic Berkaitan
#Hasan Malek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan