awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
31/01/2025
06:40 MYT
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Mohd Hazim berkata, industri getah kini mampu dipacu secara lebih efisien menerusi kewujudan inovasi canggih yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah tradisional dan meningkatkan produktiviti. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Industri getah tidak patut lagi dilihat sebagai industri malap.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin syarikat peneraju dalam inovasi teknologi pertanian, industri getah kini mampu dipacu secara lebih efisien menerusi kewujudan inovasi canggih yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah tradisional dan meningkatkan produktiviti petani.
Ujarnya, ini dapat dilihat menerusi inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Tambahnya, inovasi ini antara lain mampu minat generasi muda ke dalam industri strategik ini.
"Memang kita perlu tarik orang muda (ke dalam industri getah).
"Rata-ratanya seperti yang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi maklumkan, peneroka kebanyakan berumur 61 tahun.
"Jadi sekiranya ladang ini tidak diberikan kepada orang muda, ia akan terus terbiar," katanya demikian dalam program AWANI Pagi pada Jumaat.
Sistem penorehan getah berteknologi tinggi P2 Tap mampu memaksimumkan hasil lateks, mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja manual dan memastikan operasi penorehan dapat diteruskan tanpa mengira keadaan cuaca.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia menyasarkan untuk kembali menjadi pengeluar getah nombor satu dunia dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Ujarnya, sasaran tersebut adalah realistik sekiranya usaha penanaman semula dan inovasi dalam industri getah dilaksanakan secara menyeluruh dan sistematik.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap
Topic Berkaitan
#P2 Biotech
#Industri Getah
#Mohd Hazim Nordin
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan