awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendakwa raya Sepanyol gugur siasatan dakwaan salah laku seksual terhadap Julio Iglesias
China kini miliki rangkaian pengecasan EV terbesar dunia dengan lebih 19 juta titik pengecasan
PRK Kinabatangan: Dua pusat mengundi ditutup 12 tengah hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'

Dagang News
Dagang News
26/04/2024
06:00 MYT
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Kerajaan belum menetapkan tarikh kuat kuasa rasionalisasi subsidi bahan api atau harga runcit bahan api baharu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
RHB Investment berkata, ketika ini, masih belum ditetapkan tarikh berkuat kuasa untuk rasionalisasi subsidi bahan api atau harga runcit bahan api baharu.
Bagaimanapun, garis masa kasar untuk rasionalisasi subsidi bahan api ialah harga diesel diselaraskan menjelang Jun 2024, diikuti dengan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 pada separuh kedua tahun ini.
Firma penyelidikan itu berkata, berlaku peningkatan inflasi dalam dua bulan kebelakangan ini disebabkan pelarasan dalam tarif air domestik Semenanjung Malaysia dan Labuan.
"Tarif air yang lebih tinggi telah menyumbang kepada peningkatan 0.2% dalam inflasi keseluruhan.
"Berdasarkan anggaran dalaman kami, peningkatan kepada Indeks Harga Pengguna (CPI) berjulat antara 0.02% dan 0.05% untuk setiap kenaikan 5% dalam tarif air.
"Baimanapun, kami mengekalkan unjuran inflasi utama tahun ini pada paras 3.3%," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu berkata, kesan peningkatan kos pengangkutan dijangka memberi kesan besar kepada inflasi utama kerana ia menyumbang 11% kepada CPI dengan subkomponen bahan api sahaja membentuk 6%.
Katanya, peningkatan momentum inflasi teras makanan didorong oleh harga beras wangi import yang lebih tinggi, yang masing-masing mencatatkan kenaikan sebanyak 9.9% (Februari 2024: 9.6%) dan 6.3% (Februari 2024: 6.3%).
Bagi menangani kesan kenaikan harga import, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bersetuju menurunkan harga runcit beras putih import daripada RM2 kepada RM3 pada 20 Mac 2024.
Sementara itu, kadar dasar semalaman (OPR) dijangka kekal pada paras 3% pada 2024.
"Kami melihat kekurangan dorongan untuk Bank Negara Malaysia (BNM) mengubah suai kadar dasarnya tahun ini, memandangkan prospek ekonomi domestik yang lebih cerah di tengah-tengah ketidaktentuan dalam trajektori inflasi," katanya. - Dagang News
Topic Berkaitan
#rasionalisasi subsidi
#subsidi petrol
#subsidi diesel
#kadar inflasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan