awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Senarai baharu barangan SARA akan dikemas kini sebelum Ramadan
PM Anwar sangkal dakwaan Malaysia beri 5,207 hektar tanah kepada Indonesia
PRK Kinabatangan catat 33 peratus keluar mengundi, Lamag 30 peratus setakat 11 pagi - SPR

China kini miliki rangkaian pengecasan EV terbesar dunia dengan lebih 19 juta titik pengecasan

Amanz
Amanz
24/01/2026
05:00 MYT
China kini miliki rangkaian pengecasan EV terbesar dunia dengan lebih 19 juta titik pengecasan
Purata kuasa pengecas yang disediakan pula ialah sekitar 45.34 kW, menandakan peningkatan keupayaan rangkaian secara menyeluruh. -Foto hiasan/Amanz
CHINA terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju global dalam infrastruktur kenderaan elektrik (EV) selepas mencapai 19.322 juta titik pengecasan menjelang penghujung November 2025.
Data daripada Pentadbiran Tenaga Negara China menunjukkan sebanyak 4.625 juta merupakan pengecas awam manakala 14.697 juta lagi merupakan pengecas swasta.
Purata kuasa pengecas yang disediakan pula ialah sekitar 45.34 kW, menandakan peningkatan keupayaan rangkaian secara menyeluruh.
Pertumbuhan ini mewakili peningkatan sebanyak 52 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mencerminkan komitmen China terhadap pembangunan ekosistem mobiliti elektrik yang lebih mapan.
Perluasan pesat ini juga seiring dengan peningkatan penggunaan EV dalam negara yang menjadi pasaran terbesar EV di dunia.
Selain memiliki rangkaian terbesar, China turut mencatat peningkatan liputan pengecasan di lebuh raya dan kawasan bandar, dengan lebih 98 peratus kawasan rehat di lebuh raya dilengkapi kemudahan pengecasan.
Walaupun terdapat pandangan yang menyatakan nisbah 9 EV bagi satu pengecas awam, laporan rasmi menunjukkan jumlah pengecas awam yang tinggi memberikan liputan yang lebih luas dan tidak menunjukkan ketidakseimbangan besar dalam akses kepada kemudahan tersebut.
Di Amerika Syarikat, perkembangan infrastruktur EV turut meningkat namun masih jauh ketinggalan berbanding China.
Menjelang Februari 2025, negara itu merekodkan lebih 210,000 pengecas awam, jumlah kedua terbesar dunia tetapi jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan China yang melebihi 20 juta pengecas menjelang akhir 2025.
Di Malaysia pula, Suruhanjaya Tenaga melaporkan sebanyak 5,360 pengecas awam telah dipasang sehingga penghujung November 2025, namun jumlah ini masih belum mencapai sasaran 10,000 yang ditetapkan sebelum ini.
Dengan 75,487 EV berada di jalan raya, nisbahnya ialah sekitar 14 EV bagi setiap pengecas awam, menunjukkan Malaysia masih memerlukan pembangunan lebih pesat bagi mengejar sasaran infrastruktur yang ditetapkan. -Amanz
Topic Berkaitan
#China
#EV
#liputan pengecasan
#infrastruktur kenderaan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.