INDEKS Harga Pengguna (IHP) yang merupakan penanda aras kepada inflasi negara menunjukkan peningkatan 3.4% pada bulan Jun 2021.
IHP Jun meningkat kepada 123.2 berbanding 119.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, IHP kekal positif untuk bulan kelima berturut-turut sejak Februari 2021.
"Ia disebabkan oleh kesan asas yang rendah pada tahun lalu akibat penyusutan harga bahan api untuk kenderaan persendirian. Kumpulan pengangkutan (16.6%) merupakan penyumbang utama kepada kenaikan inflasi keseluruhan.
"Ini diikuti oleh Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api lain (3.2%); Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (2.0%) dan Makanan & Minuman Bukan Alkohol (1.3%)," jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Mengikut perbandingan bulanan pula, IHP turut meningkat 0.1% berbanding Mei 2021.
Peningkatan tersebut disumbangkan makanan & minuman bukan alkohol (0.3%) dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (0.1%).
Tambah beliau, momentum yang perlhan itu adalah kesan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dan penutupan operasi bagi sektor bukan perlu yang dilaksanakan sepanjang Jun 2021 sedikit sebanyak meredakan tekanan inflasi.
Sementara itu, IHP bagi suku tahun kedua 2021 meningkat 4.1% kepada 123.1 berbanding 118.2 pada suku tahun yang sama tahun sebelumnya.
Bagi perbandingan suku tahunan pula, IHP mencatatkan peningkatan 0.5% berbanding suku tahun pertama 2021.
Mengulas perkara sama, MIDF Research berkata, pihaknya mengekalkan unjuran inflasi sebanyak 2.3% bagi tahun 2021.
Unjuran tersebut adalah lebih tinggi berbanding 1.1% pada 2020.
"Dalam kami melihat peningkatan inflasi kepada 4.2% tahun ke tahun pada suku kedua 2021, kami menjangkakan inflasi akan menjadi lebih sederhana disebabkan oleh kesan asas yang rendah.
"Meskipun perintah berkurung di seluruh negara memberi kesan sementara kepada ekonomi, trend permintaan yang rendah mampu menyebabkan kekurangan tekanan harga utama.
"Bagaimanapun, permintaan secara keseluruhannya mampu meningkat pada akhir tahun ini ketika ekonomi mula dibuka semula setelah beralih ke fasa seterusnya di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN)," jelas MIDF Research. - DagangNews.com
--------------------------------------
Layari kami terus di DagangNews.com dan juga Twitter, Facebook dan Instagram.
Dagang News
Fri Jul 23 2021
IHP kekal positif untuk bulan kelima berturut-turut sejak Februari 2021. - Gambar hiasan
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Inflasi kekal positif lima bulan berturut-turut, meningkat 3.4% pada Jun
Indeks Harga Pengguna (IHP) yang merupakan penanda aras kepada inflasi negara menunjukkan peningkatan 3.4% pada bulan Jun 2021