KUALA LUMPUR: Inflasi keseluruhan negara dijangka meningkat secara sementara melepasi paras 5.0 peratus pada suku kedua tahun ini disebabkan kesan asas yang rendah berikutan penyusutan harga bahan bakar pada suku yang sama tahun 2020.
Bagaimanapun, ia kemudian akan menyederhana secara purata antara 2.5 peratus dan 4.0 peratus bagi tahun 2021.
Inflasi keseluruhan yang mengukur jumlah inflasi ekonomi, termasuk komoditi seperti harga makanan dan tenaga ialah pada -1.2 peratus pada suku kedua 2020 semasa negara ini diletakkan di dalam sekatan pergerakan sepenuhnya bagi mengekang penularan virus COVID-19 .
"Dari segi trajektori, inflasi keseluruhan dijangka meningkat secara sementara melepasi 5.0 peratus pada suku kedua 2021 disebabkan kesan asas yang rendah daripada harga bahan bakar runcit domestik yang rendah pada suku yang sama tahun 2020 sebelum menyederhana selepas itu,” kata Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus hari ini.
Tahun lepas, harga minyak di pam di Malaysia ialah sekitar RM1.37 berbanding RM1.95 tahun ini.
Justeru, gabenor menegaskan bahawa peningkatan itu bersifat sementara.
Kerajaan telah menetapkan harga siling bagi petrol RON95 pada RM2.05 dan RM 2.15 satu liter untuk diesel.
Inflasi teras bagaimanapun, dijangka antara 0.5 -1.5 peratus tahun ini, kata beliau.
Inflasi teras mengukur perubahan harga pengguna secara purata, tidak meliputi harga barangan dan perkhidmatan yang dipengaruhi turun naik harga seperti harga bahan bakar.
Bagaimanapun, tinjauannya tertakluk kepada perkembangan harga minyak dan komoditi dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021
Gabenor menegaskan bahawa peningkatan inflasi itu bersifat sementara. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Calon kerajaan diumum minggu depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Zendaya hidupkan watak wirawati tenis menerusi filem Challengers
Challengers mengikuti watak Zendaya, seorang bintang tenis yang bercita-cita tinggi yang meninggalkan kerjayanya selepas kecederaan teruk.
PHAM 2024: Tengku Hassanal berkenan sertai pengalaman XR - 'Global Collaboration Village'
Kehadiran Pemangku Raja Pahang itu adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan ke-6 (PHAM 2024).
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MetMalaysia
Ketinggian letusan yang dicerap, adalah sehingga 55,000 kaki, dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Pas tidak anggap Kuala Kubu Baharu kubu kuat DAP, yakin rampas
Pas tidak menganggap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai kubu kuat DAP menjelang pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 11 Mei depan.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
Narendra Modi, pembangkang tamat kempen Pilihan Raya India
Menuju pilihan raya umum, Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin parti pembangkang utama Kongres Rahul Gandhi dan Priyanka Gandhi menamatkan kempen pada Rabu.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.
Tindakan secara kolektif diperlukan untuk lindungi ringgit - Bank Negara
Tindakan secara kolektif amat diperlukan untuk melindungi mata wang tempatan ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).