KUALA LUMPUR: Inflasi keseluruhan kekal stabil pada 4.0 peratus pada bulan November, sama seperti Oktober 2022, apabila peningkatan inflasi teras diimbangi oleh inflasi yang lebih rendah dalam kategori lain, iaitu bahan api dan makanan segar, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat itu berkata inflasi teras meningkat sedikit kepada 4.2 peratus pada bulan itu daripada 4.1 peratus yang dicatatkan pada Oktober, terutamanya disebabkan oleh peningkatan harga makanan di luar rumah.
"Kelompok utama, terutamanya pengeluaran produk petroleum bertapis, juga menyokong pertumbuhan apabila operasi di loji penapisan minyak sedia ada disambung semula selepas diselenggara," kata bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, BNM berkata pembiayaan bersih menjadi sederhana apabila pembayaran balik mengatasi pengeluaran, dengan pembiayaan bersih meningkat sebanyak 4.7 peratus pada akhir November (Oktober: 5.7 peratus), mencerminkan pertumbuhan yang lebih rendah dalam kedua-dua pinjaman terkumpul (November: 5.5 peratus; Oktober: 6.5 peratus) dan bon korporat (November: 2.6 peratus; Oktober: 3.6 peratus).
Pertumbuhan pinjaman isi rumah menjadi sederhana kepada 6.0 peratus (Oktober: 6.3 peratus) apabila pertumbuhan pembayaran balik pinjaman mengatasi pengeluaran pinjaman merentas tujuan pinjaman utama.
Pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul menjadi sederhana kepada 3.4 peratus (Oktober: 5.2 peratus), terutamanya disebabkan pertumbuhan kukuh pembayaran balik dalam kalangan syarikat besar.
Pengeluaran pinjaman terus mencatat pertumbuhan dua angka (November: 13.7 peratus; Oktober: 13.4 peratus), walaupun terdapat pertumbuhan agak sederhana dalam sektor perkilangan pengguna dan hartanah.
Bank pusat itu menekankan bahawa keadaan kewangan domestik menjadi reda di tengah-tengah sentimen pelabur yang bertambah baik, manakala keadaan kewangan global juga reda berikutan jangkaan kadar pengetatan dasar monetari yang lebih perlahan apabila inflasi terus menunjukkan tanda-tanda memuncak, terutamanya di Amerika Syarikat (AS).
"Pelonggaran sekatan COVID-19 di China juga menyokong sentimen risiko pelabur secara keseluruhan.
"Kesannya, keadaan kewangan domestik menjadi reda, dengan kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun berkurang sebanyak 26.0 mata asas (purata serantau*: -44.4 mata asas) dan FBM KLCI meningkat sebanyak 1.9 peratus (purata serantau*: +5.2 peratus)," katanya.
Ia berkata prestasi pasaran kewangan juga disokong oleh keadaan politik yang semakin stabil berikutan pembentukan Kerajaan baharu.
Mengenai ringgit, bank pusat itu berkata mata wang tempatan itu menambah nilai sebanyak 6.3 peratus berbanding dengan dolar AS, sejajar dengan penambahan nilai secara meluas dalam mata wang utama dan serantau* (purata: +4.5 peratus) berbanding dengan dolar AS.
"Sistem perbankan terus mengekalkan Nisbah Perlindungan Mudah Tunai yang kukuh dan bank-bank menguruskan penampan secara proaktif bagi menangani ketidaktentuan bermusim mudah tunai sistem perbankan dan terus menyokong pengantaraan," katanya.
Bank pusat itu berkata nisbah pinjaman kepada dana agregat sebahagian besarnya kekal stabil pada 82.3 peratus (Oktober: 82.0 peratus).
Ia menyatakan bahawa kualiti aset dalam sistem perbankan kekal utuh dan nisbah keseluruhan pinjaman terjejas kasar dan bersih kekal tidak berubah, masing-masing pada 1.8 peratus dan 1.1 peratus.
"Nisbah perlindungan kerugian pinjaman (termasuk rizab kawal selia) terus merekodkan paras berhemat sebanyak 116.5 peratus daripada pinjaman terjejas, dengan jumlah peruntukan mencakupi 1.8 peratus daripada jumlah pinjaman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2022

Menurut BNM, inflasi teras meningkat sedikit kepada 4.2 peratus pada bulan itu daripada 4.1 peratus yang dicatatkan pada Oktober, terutamanya disebabkan oleh peningkatan harga makanan di luar rumah. - Gambar fail/BERNAMA

Renang: Bryan lebur dua rekod kebangsaan miliknya di London
Bryan Leong nyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya memperbaharui dua rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu dan 50m gaya bebas di London.

3 maut termasuk 2 rentung dalam kemalangan di Segamat
Tiga lelaki maut termasuk dua rentung manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 172, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan Kampung Kwongsai, dekat Segamat.

KKD ambil perhatian isu perlindungan hak cipta hasil kerja pengamal media - Fahmi
Isu perlindungan hak cipta hasil kerja pengamal media adalah antara yang akan diambil perhatian oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

'Rumah tempat saya membesar...' - Issey sebak, rumah arwah ibu hangus terbakar
Penyampai radio Gegar, Issey Fazlisham sebak apabila melihat keadaan rumah arwah ibunya, Asiah Haron, di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan hangus dijilat api.

Badminton Masters Malaysia: Misi memburu kejuaraan
Dua wakil Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun bakal beraksi di pentas final Masters Malaysia 2023 petang ini.

6,750 notis kesalahan merokok libat kutipan RM1.6 juta di Pahang
Sebanyak 6,750 notis kompaun kesalahan bernilai RM1,592,100 telah dikeluarkan kepada perokok di Pahang tahun ini.

PSG cipta rekod Ligue 1
PSG terus dominan apabila mencipta rekod baharu menang 11 kejuaraan Ligue 1 selepas seri 1-1 di Strasbourg awal pagi Sabtu.

Ronaldo gagal menang liga bersama Al Nassr
MUSIM pertama Cristiano Ronaldo di Arab Saudi berakhir tanpa trofi apabila Al-Nassr terpaksa akur Piala Liga Pro Saudi itu menjadi milik Al-Ittihad.

Oliver Kahn, Hasan Salihamidzic dipecat sebaik Bayern Munich kekalkan mahkota Bundesliga
Bayern Munich memecat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Oliver Kahn, dan Ahli Lembaga Kesukanan, Hasan Salihamidzic, beberapa jam selepas merangkul kejuaraan Bundesliga ke-11 berturut-turut.

Kehendak 85 juta rakyat Turkiye didengar hari ini - Erdogan
Kehendak 85 juta rakyat Turkiye akan didengari dalam pemilihan presiden Ahad ini, ikrar Presiden Recep Tayyip Erdogan pada malam pilihan raya.

Inflasi keseluruhan kekal stabil 4.0 peratus pada November 2022 - BNM
Inflasi keseluruhan kekal stabil pada 4.0 peratus pada bulan November, sama seperti Oktober 2022, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Inflasi keseluruhan meningkat kepada 4.7 peratus pada Ogos 2022 - BNM
Inflasi keseluruhan meningkat kepada 4.7 peratus pada Ogos 2022 daripada 4.4 peratus pada Julai, selaras dengan jangkaan pasaran, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).