KUALA LUMPUR: Inflasi keseluruhan meningkat kepada 4.7 peratus pada Ogos 2022 daripada 4.4 peratus pada Julai, selaras dengan jangkaan pasaran, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat berkata inflasi teras meningkat kepada 3.8 peratus pada bulan tersebut berbanding 3.4 peratus pada bulan sebelumnya.
"Peningkatan ini sebahagian besarnya mencerminkan harga yang lebih tinggi untuk sewaan dan makanan di luar rumah. Walaupun inflasi tahunan lebih tinggi, 10 daripada 12 kategori Indeks Harga Pengguna (IHP) utama mencatatkan peningkatan bulan ke bulan yang sederhana," menurut BNM dalam kenyataan hari ini.
Menurut bank pusat, pembiayaan bersih meningkat sebanyak 6.1 peratus pada akhir Ogos berbanding 5.3 peratus pada Julai, didorong oleh pertumbuhan yang lebih tinggi bagi pinjaman terkumpul (6.8 peratus; Julai: 5.9 peratus) dan bon korporat (4.3 peratus; Julai: 3.7 peratus).
Pinjaman isi rumah terkumpul meningkat sebanyak 6.5 peratus (Julai: 6.1 peratus) dalam keadaan pertumbuhan yang stabil merentas kebanyakan tujuan.
"Yang penting, pertumbuhan pengeluaran pinjaman mencerminkan pertumbuhan permohonan pinjaman yang mampan, terutamanya untuk pembelian rumah dan kereta," katanya.
Bagi sektor perniagaan, pertumbuhan pinjaman terkumpul meningkat kepada 6.7 peratus (Julai: 5.9 peratus), didorong terutamanya oleh sektor perdagangan borong, perkilangan dan utiliti.
Mengikut segmen, aliran kredit khususnya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana terus tersedia, dengan pertumbuhan pinjaman terkumpul yang lebih tinggi pada 7.5 peratus (Julai: 6.6 peratus).
Bank pusat berkata keadaan kewangan global menjadi ketat apabila Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menegaskan komitmennya untuk menurunkan inflasi AS meskipun jangkaan pertumbuhan AS lebih rendah.
"Bagaimanapun, pelarasan pasaran kewangan domestik kekal teratur dalam keadaan volatiliti pertukaran asing yang rendah dan jumlah dagangan yang mencukupi.
"Kadar hasil Bon Kerajaan Malaysia 10 tahun meningkat 10 mata asas (bps) seiring dengan kadar hasil bon Perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih tinggi (45.4 bps)," katanya.
Mengenai ringgit, BNM berkata mata wang tempatan itu menurun nilai sebanyak 0.8 peratus berikutan nilai dolar AS yang terus kukuh, manakala FBM KLCI meningkat sebanyak 1.3 peratus, disokong oleh aliran masuk asing dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar suku kedua Malaysia yang lebih kukuh daripada jangkaan.
"Sistem perbankan terus mencatatkan kedudukan permodalan yang kukuh untuk menghadapi kemungkinan tekanan dan terus menyokong aliran kredit ke dalam ekonomi.
"Keadaan ini membolehkan beberapa bank mengekalkan pembayaran dividen pada bulan tersebut. Pada akhir Ogos, sistem perbankan mencatatkan lebihan penampan modal sebanyak RM126.7 bilion," katanya.
Menurut BNM, daya tahan institusi perbankan terus disokong oleh kualiti aset yang kukuh dan nisbah pinjaman terjejas kasar dan bersih keseluruhan pada amnya kekal stabil, masing-masing pada 1.84 peratus (Julai: 1.85 peratus) dan 1.1 peratus (Julai: 1.2 peratus).
Nisbah perlindungan kerugian pinjaman (termasuk rizab pengawalseliaan) kekal pada tahap berhemat iaitu 113.7 peratus daripada pinjaman terjejas, dengan jumlah peruntukan mencakupi 1.8 peratus daripada jumlah pinjaman.
Setakat akhir Ogos, sistem perbankan mencatatkan jumlah peruntukan dan rizab pengawalseliaan sebanyak RM41.5 bilion, kata BNM.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022
Inflasi keseluruhan meningkat kepada 4.7 peratus pada Ogos 2022 daripada 4.4 peratus pada Julai, selaras dengan jangkaan pasaran, menurut Bank Negara Malaysia (BNM). - Gambar fail/REUTERS
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Inflasi keseluruhan kekal stabil 4.0 peratus pada November 2022 - BNM
Inflasi keseluruhan kekal stabil pada 4.0 peratus pada bulan November, sama seperti Oktober 2022, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Inflasi keseluruhan meningkat kepada 4.7 peratus pada Ogos 2022 - BNM
Inflasi keseluruhan meningkat kepada 4.7 peratus pada Ogos 2022 daripada 4.4 peratus pada Julai, selaras dengan jangkaan pasaran, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).