JOHOR BAHRU: Iskandar Investment Bhd (IIB) mencatatkan nilai pelaburan berjumlah AS$6.8 bilion sejak penubuhannya pada 2006 sehingga tahun lepas, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata, malahan sepanjang tempoh tersebut IIB, yang merupakan syarikat pegangan pelaburan untuk memangkinkan pembangunan strategik Iskandar Malaysia, telah berjaya mewujudkan kira-kira 10,000 peluang pekerjaan.
"Kerajaan negeri amat teruja dengan pencapaian tersebut. Saya yakin IIB mampu mencapai visinya iaitu membina bandar metropolis yang inklusif dan mampan pada masa hadapan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.
Terdahulu, Onn Hafiz menghadiri Sesi Taklimat yang disampaikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB Datuk Idzham Hashim di Ibu Pejabat IIB di Medini 9, Iskandar Puteri, selain dibentangkan mengenai #IIBForward27 dan perancangan jitu daripada pihak pengurusan.
"Saya teruja dengan semangat pihak pengurusan IIB. Semoga segala strategi yang dirancang mampu membuahkan hasil, seterusnya memberi limpahan ekonomi kepada kawasan Iskandar Puteri, demi memastikan negeri Johor sebuah negeri maju menjelang 2030," tambah Onn Hafiz.
IIB yang ditubuhkan pada November 2006, berperanan memastikan Iskandar Malaysia meneruskan trajektori yang berjaya dengan menjadi destinasi pelaburan menarik dan wilayah dinamik selain boleh didiami melalui projek pemangkin serta berimpak tinggi.
Sementara itu, IIB dalam satu kenyataan berasingan berkata pihaknya telah menjalin kerjasama dengan Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) bagi menambah baik akses pembiayaan untuk syarikat teknologi dan syarikat pemula niaga di Johor sehingga RM650 juta.
Menurut Idzham pada masa sama, kedua-dua organisasi itu berharap dapat menarik dan mengekalkan tenaga kerja teknologi, selain meningkatkan pembangunan ekonomi.
Beliau berkata dengan memanfaatkan kepakaran MDV, ekosistem inovasi yang bertenaga akan dapat dipupuk sekali gus menyokong pertumbuhan syarikat baharu di Johor, khususnya di Medini, Iskandar Puteri.
"Kerjasama ini membuktikan komitmen kita untuk memacu pembangunan ekonomi dan meningkatkan kedudukan Medini sebagai hab digital serta inovasi Johor," katanya dalam kenyataan tersebut.
Memorandum persefahaman (MoU) antara IIB dan MDV ditandatangani pada Rabu oleh Idzham dan Ketua Pegawai Eksekutif MDV Nizam Mohamed Nadzri, dan disaksikan oleh Setiausaha Bahagian Pembiayaan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Imran Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023

Iskandar Investment Bhd (IIB) mencatatkan nilai pelaburan berjumlah AS$6.8 bilion sejak penubuhannya pada 2006 sehingga tahun lepas, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Foto FB Onn Hafiz Ghazi

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.
[TERKINI] Suspek utama kes bunuh kanak-kanak Lahad Datu diberkas
Seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang dipercayai suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Lahad Datu, berjaya diberkas polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.

Iskandar Investment catat nilai pelaburan AS$6.8 bilion sejak 2006 - Onn Hafiz
Iskandar Investment Bhd (IIB) mencatatkan nilai pelaburan berjumlah AS$6.8 bilion sejak penubuhannya pada 2006 sehingga tahun lepas, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Iskandar Capital umum projek Skim Perumahan Pelbagai Pendapatan bagi B40, M40 di Iskandar Puteri
Projek sulung MIH akan mula dibina pada tahun 2023 dan dijangka siap pada tahun 2026.