awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iskandar Malaysia catat pelaburan komited berjumlah RM41.4 bilion pada 2024 - PM Anwar

Bernama
Bernama
24/04/2025
13:37 MYT
Iskandar Malaysia catat pelaburan komited berjumlah RM41.4 bilion pada 2024 - PM Anwar
Anwar berkata nilai tersebut merupakan pencapaian tertinggi sejak Iskandar Malaysia diwujudkan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan komited berjumlah RM41.4 bilion pada 2024 atau meningkat 11 peratus berbanding RM37.2 bilion pada 2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata nilai tersebut merupakan pencapaian tertinggi sejak Iskandar Malaysia diwujudkan.
"Tahun lalu juga, nilai pelaburan yang direalisasikan mencecah RM26.7 bilion. Pelaburan asing sebanyak RM36.1 bilion dan pelaburan domestik sebanyak RM5.3 bilion.
"Hatta, pencapaian ini membuktikan bahawa keyakinan pelabur terhadap Iskandar Malaysia terus meningkat," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau.
Anwar berkata perkara itu dimaklumkan sewaktu beliau mempengerusikan mesyuarat ke-34 Ahli Pihak Berkuasa, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) hari ini.
Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan persediaan koridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia dalam mengharungi keadaan ekonomi dan perdagangan dunia yang kian mencabar dan tidak menentu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iskandar Malaysia
#Anwar Ibrahim
#pelaburan
#IRDA
#koridor ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan