awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Erdogan desak usaha damai di Gaza, Ukraine seperti perjanjian Iran-Israel
MALAYSIA
Umat Islam perlu bermuhasabah, perbaharui tekad sempena Maal Hijrah - Sultan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BUSINESS

Isu pegangan saham FGV dijangka selesai sebelum pertengahan 2024 - Shabery Cheek

Bernama
Bernama
07/11/2023
10:50 MYT
Sponsor Banner
Isu pegangan saham FGV dijangka selesai sebelum pertengahan 2024 - Shabery Cheek
Ahmad Shabery berkata perbincangan bersama Bursa Malaysia Bhd sedang dijalankan dan keputusan berkenaan isu tersebut dijangka diumumkan dalam masa beberapa bulan lagi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd dijangka mengumumkan perincian berkaitan pegangan saham yang dipegang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam syarikat itu sebelum pertengahan tahun hadapan.
Felda memegang 82 peratus kepentingan dalam FGV dan ia melebihi syarat ditetapkan Bursa Malaysia bagi pegangan awam minimum 25 peratus daripada jumlah saham.
Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perbincangan bersama Bursa Malaysia Bhd sedang dijalankan dan keputusan berkenaan isu tersebut dijangka diumumkan dalam masa beberapa bulan lagi.
"Kita sedang mempertimbangkan sama ada menyahsenaraikan FGV daripada Papan Utama Bursa Malaysia ataupun mengurangkan pegangan kepentingan oleh Felda," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam program temu bual eksklusif "Hala Tuju Felda Pacu Ekonomi Negara" terbitan Bernama Radio hari ini.
Bursa Malaysia telah memberikan lanjutan masa kepada FGV untuk mematuhi syarat pegangan saham awam selama enam bulan lagi dari 3 Sept, 2023 sehingga tamat tempoh lanjutan pada 2 Mac 2024 selepas mengambil mengambil kira semua keadaan syarikat tersebut.
Sejak Februari 2021, pegangan saham awam syarikat perladangan itu berjumlah 13.09 peratus, kurang daripada pegangan awam minimum 25 peratus, justeru, melanggar peraturan penyenaraian bursa.
Situasi tersebut berlaku selepas Felda Holdings melancarkan tawaran am mandatori untuk FGV pada 2020 dan berakhir dengan pemilikan lebih 75 peratus daripada pegangan syarikat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Felda
#FGV Holdings
#isu pegangan saham
#Shabery Cheek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami