awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu RM600 bilion: 'Tidak ada apa-apa yang tak kena' - Tengku Zafrul

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/01/2023
04:30 MYT
Isu RM600 bilion: 'Tidak ada apa-apa yang tak kena' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul menegaskan, tidak ada apa-apa perkara yang tidak kena susulan dakwaan penyelewengan dana tersebut. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan dana melibatkan beberapa pakej rangsangan ekonomi sejak 2020 dilaksana secara telus.
Justeru, bekas Menteri Kewangan itu menegaskan, tidak ada apa-apa perkara yang tidak kena susulan dakwaan penyelewengan dana tersebut.
"Tidak ada apa-apa yang tidak kena (melibatkan pengurusan dana). Tapi saya sedia untuk bekerjasama sekiranya dipanggil oleh agensi berkaitan. Kami sangat telus.
"Seperti saya katakan, kita ada laporan mingguan (Laporan Laksana). Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini.
"Laporan itu diserahkan kepada media, malah orang awam juga boleh mendapatkannya," ujar beliau dalam temu bual eksklusif bersama CNBC pada Khamis.
Beliau pada masa sama turut mengesahkan belum lagi dipanggil oleh mana-mana agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait siasatan dakwaan penyelewengan dana tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet pada 5 Disember lalu berkata, pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin sebelum ini menegaskan tidak takut disiasat dan melafazkan sumpah bahawa beliau tidak pernah mengambil satu sen pun wang tersebut kerana bukan hak miliknya.
Katanya, jumlah sebenar yang dibelanjakan bukanlah RM600 bilion, sebaliknya RM530 bilion merangkumi lapan pakej rangsangan ekonomi dan sebahagian besarnya berbentuk non-fiscal iaitu tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan.
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Kementerian Kewangan
#peruntukan RM600 bilion
#siasatan sprm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan