Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan menubuhkan sebuah jawatankuasa dengan Kementerian Pertanian Perancis untuk membantu produk minyak sawit Malaysia memasuki pasaran Perancis.
Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, berkata beliau telah berhubung dengan Menteri Pertanian Perancis itu dan masih menunggu jawapan.
"Semasa lawatan saya ke Perancis baru-baru ini, kami mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertanian (StTphane Le Foll) dan kami bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa mengenai industri minyak sawit.
"Jawatankuasa itu akan membincangkan semua perkara mengenai industri ini," katanya kepada pemberita selepas membuka Persidangan dan Pameran Industri Perladangan Antarabangsa ketiga di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai ulasan kepada kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia, Tan Sri Yusof Basiron, bahawa tiada gunanya mengeluarkan lebih banyak minyak sawit yang diperakui oleh Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) sekiranya pasaran Perancis pun ia tidak dapat masuki.
Yusof telah menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap RSPO kerana gagal membantu penanam yang telah menghasilkan 4.78 juta tan metrik minyak sawit yang diperakui oleh meja bulat itu dalam pasaran.
Dompok berkata RSPO seharusnya lebih proaktif dalam mempertahankan kedudukan industri minyak sawit apabila terdapat pihak-pihak yang mempersoal keupayaan industri itu menanam kelapa sawit dengan cara yang mampan.
"RSPO seharusnya lebih positif dalam soal ini. Jika tidak, kelihatan seolah-olah ia tidak yakin dengan usaha yang dilakukannya sendiri.
"Apa gunanya memberitahu orang lain tentang amalan lestari kita jika kita sendiri tidak menyokong produk yang kita perakui," katanya.
Bernama
Mon Nov 05 2012
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Jawatankuasa bantu produk sawit Malaysia masuk pasaran Perancis
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan menubuhkan sebuah jawatankuasa dengan Kementerian Pertanian Perancis untuk membantu produk minyak sawit Malaysia memasuki pasaran Perancis.