Jepun menjangka peluang perniagaan di Malaysia dan pasaran serantau akan meningkat dalam semua sektor di bawah Perjanjian Trans-Pasifik (TPPA) termasuk pertanian, perhutanan dan perikanan.
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata pada masa ini negara itu sedang meliberalisasikan lebih banyak sektor sambil menjadikan sektor pertaniannya lebih proaktif.
"TPP bukan tentang pengurangan atau penghapusan tarif semata-mata tetapi turut menggalakkan liberalisasi perkhidmatan dan pelaburan dalam pelbagai bidang," katanya kepada pemberita pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan, di sini hari ini.
Abe berkata Jepun semakin hampir memeterai perjanjian perdagangan TPPA dan berharap 11 lagi negara yang berkenaan turut mengusahakan ke arah itu.
Mengenai hubungan ASEAN-Jepun, beliau berkata kesalingbergantungan antara kedua-dua pihak semakin mengukuh dan Jepun meningkatkan usaha untuk membuka pasarannya.
Terdahulu semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun, Abe berkongsi tentang langkah-langkah baharu Jepun bagi mengembangkan Perkongsian untuk Infrastruktur Berkualiti dengan mempercepat skim pinjaman Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA).
Jurucakap Abe berkata Jepun akan menyegerakan prosedur pinjaman dengan memendekkan tempoh projek berkaitan kerajaan kepada maksimum setahun setengah untuk projek-projek penting, berbanding tiga tahun sekarang.
Negara itu juga akan memperkenalkan skim pinjaman dengan opsyen penukaran mata wang bagi negara-negara yang memiliki pendapatan negara kasar (PNK) per kapita sama atau lebih tinggi berbanding negara-negara berpendapatan sederhana tinggi, katanya.
Beliau berkata kerajaannya juga akan menubuhkan skim pinjaman dalam mata wang dolar bagi pinjaman kerajaan, yang disediakan menerusi Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA).
Jurucakap itu berkata tabung amanah di bawah JICA akan ditubuhkan pada akhir Mac 2016, untuk tujuan pelaburan dan pembiayaan projek-projek prasarana berkualiti swasta.
Tabung Amanah JICA akan bekerjasama dengan Bank Pembangunan Asia (ADB) bagi melabur dan membiayai sehingga US&1.5 bilion (US$1.00=RM4.28) dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kedua-dua pihak juga menyasarkan pembiayaan bersama berjumlah US$10 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi projek-projek negara.
Jurucakap itu berkata Jepun akan bekerjasama antaranya dengan ADB, Bank Dunia, Inter-American Development Bank dan African Development Bank bagi menyalurkan pelaburan infrastruktur.
Beliau berkata tabung pembiayaan mikro untuk wanita, dikenali Dana Pemerkasaan Wanita Jepun-ASEAN diwujudkan bagi memacu kemajuan sosial wanita, mengurangkan kemiskinan, memupuk pertumbuhan, menghasilkan peluang pekerjaan dan keusahawanan.
Dana yang disalur menerusi institusi pembiayaan mikro itu akan menyediakan pembiayaan perniagaan untuk peniagaan tunggal, kumpulan perniagaan serta perusahaan kecil dan sederhana, sama ada melalui pelaburan atau pinjaman.
Bernama
Sun Nov 22 2015
Abe mengada sidang media pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan, hari ini.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
MATRADE perkasa syarikat pertengahan dengan misi penerapan pasaran ke Vietnam
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai lima syarikat peringkat pertengahan tempatan (MTC) untuk mengikuti Misi Penyerapan Pasaran ke Vietnam.