Pengguna di negara ini disaran lebih kerap mengamalkan pembayaran tunai, terutama ketika membeli barangan keperluan harian, dan mengehadkan penggunaan kad kredit sebagai langkah jimat berbelanja.
Pensyarah Kanan di Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara, Dr Baayah Baba berkata pembayaran tunai boleh mengelakkan pengguna membeli barangan tidak perlu, sekali gus mengawal perbelanjaan.
"Takkan beli syampu dan barangan dapur pun guna kad kredit? Kalau ada banyak kad kredit guna satu sahaja agar tidak terbeban dengan hutang," katanya kepada Bernama.
Beliau juga menasihati pengguna menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli mengikut keutamaan sebagai kaedah mengurus perbelanjaan.
"Saya tahu ada sesetengah individu yang biarpun sudah ada senarai barang yang hendak dibeli tetapi terbeli juga barang yang tidak sepatutnya. Saya nasihatkan makan dahulu sebelum keluar membeli-belah, sebab kalau orang yang perut sedang lapar selalunya akan membeli ikut hawa nafsu," katanya.
Bagi mengurangkan kos petrol, beliau menyarankan pengguna berkongsi kenderaan untuk ke tempat kerja.
Pengguna juga digalak menaiki pengangkutan awam, namun pada yang sama kerajaan perlu menambah baik sistem itu agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat, kata Baayah.
Awal bulan ini kerajaan mengurangkan subsidi petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen, sekali gus menaikkan harga petrol RON 95 kepada RM2.10 seliter dan diesel RM2.00.
Kerajaan bagaimanapun mengekalkan kadar subsidi bagi pelbagai lagi barangan keperluan lain seperti minyak masak, tepung gandum, gas memasak dan gula bagi memastikan kos sara hidup rakyat tidak meningkat secara drastik.
Pakar ekonomi dari Universiti Utara Malaysia, Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin pula menegaskan kenaikan harga minyak itu ada kaitan dengan tekanan inflasi.
Justeru, daripada melatah terhadap tindakan kerajaan itu ada baiknya pengguna mengubah pemikiran dan berbelanja dengan bijak, kata pensyarah dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan berkenaan.
Beliau turut menyarankan pengguna yang menghadapi masalah menguruskan kewangan agar mendapatkan panduan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.
Seorang pengguna, Aini Hassan, 52, meminta kerajaan mencari pendekatan terbaik untuk membantu golongan ibu tunggal berpendapatan rendah menghadapi kenaikan kos sara hidup yang mungkin berlaku susulan pengurangan subsidi bahan api tersebut.
"Saya rasa kerajaan perlu prihatin dengan ibu-ibu tunggal seperti saya dan kalau boleh dalam pembentangan Belanjawan 2014 nanti ada peruntukan khas untuk membantu gologgan seperti kami," katanya.
Bagi kakitangan swasta, Baharudin Bukhari, 30, beliau sedar tindakan menaikkan harga minyak merupakan langkah ke arah rasionalisasi subsidi yang ditanggung kerajaan.
Namun katanya kerajaan perlu ada kaedah efektif bagi memastikan golongan berpendapatan rendah tidak dibebani kos sara hidup yang tinggi susulan kenaikan itu.
Selain itu, Baharudin menggesa tindakan tegas pihak berkuasa untuk mengekang tindakan peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sesuka hati.
Bernama
Tue Sep 17 2013
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Tiada duit belanja, anak terpaksa ponteng sekolah
Ada saja hari anak-anak ke sekolah tanpa membawa wang saku tetapi mereka sudah tidak dapat bertahan dengan keadaan itu.
Manchester City pasukan paling banyak berbelanja dekad ini - FIFA
Manchester City menduduki tangga teratas senarai pasukan paling banyak mengeluarkan perbelanjaan bagi mendapatkan pemain sepanjang dekad ini.
COVID-19: UK terdedah bayar risiko kos pandemik selama beberapa dekad
Kerajaan perlu jelaskan bagaimana perkara itu dapat dikendalikan di masa hadapan.
TnG Group bekerjasama dengan MoF, MDEC percepat e-dagang, berbelanja dalam talian
Kempen SMO akan berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Disember, bagi menyokong perniagaan tempatan dan menggalakkan pembelian dalam talian.
Gegar 'payung' nasi untuk peminat di Kelantan
Gegar turut tidak ketinggalan melakukan kerja amal membelanjakan 100 bungkus nasi berlauk untuk peminatnya di Kelantan.
Malaysia sasar muncul lima teratas dunia dalam industri acara perniagaan
Matlamat itu mampu dicapai dengan membawa masuk acara "World Expo" ke dalam negara kerana negara-negara ASEAN khususnya masih belum menganjurkan sebarang pameran dari luar.
Satu-satunya cara selamatkan ekonomi ialah dengan membendung COVID-19 - Majlis Presiden PH
Menurut Majlis Presiden PH, Kerajaan Persekutuan perlu belanja tambahan RM45 bilion bagi membendung pandemik COVID-19 di negara ini.
Murid Orang Asli lalui pelbagai rintangan ke sekolah, kerajaan disaran naikkan wang saku
Kerajaan diminta mempertimbang cadangan untuk menaikkan kadar wang saku murid dan pelajar Orang Asli daripada RM2 kepada RM10 sehari bagi menggalakkan kehadiran mereka ke sekolah.
Kempen The Golden Ticket cetus kemeriahan di Suria KLCC
Suria KLCC melancarkan kempen terbesarnya dengan memberikan ganjaran kepada pembeli yang mengambil bahagian menerusi Kempen The Golden Ticket.