Johor bakal muncul sebagai negeri pertama di Malaysia dalam penghasilan cendawan jenis 'Kings Oyster', mengukuhkan lagi hasrat negeri itu untuk menjadi pengeluar makanan terbesar di Malaysia.
Menteri Besar Datuk Mohamad Khaled Nordin berkata, usaha menghasilkan cendawan itu akan dilaksana menerusi kerjasama antara syarikat tempatan, Green World Bio-Tech Sdn Bhd dengan China Shandong Academy of Agricultural Sciences.
"Johor merupakan pusat bioteknologi dan ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya di dalam di sektor pertanian kerana ia bukan saja menampung permintaan makanan negara, malah dapat meningkatkan ekonomi Johor," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kedua-dua syarikat di sini.
Green World diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Dr Abdul Shukor Abd Rahman, manakala China Shandong Academy of Africultural Sciences pula oleh timbalan pengerusinya, Prof Guo Honghai.
Menurut Khaled Nordin, aspek bioteknologi akan digunakan sepenuhnya dalam penghasilan cendawan tersebut di atas tanah seluas 20 ekar di Ladang Alaf berhampiran Jalan Kota Tinggi-Kulai yang dijangka bermula tahun depan.
Tanah terbabit akan dipajak daripada Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), sebuah agensi di bawah kerajaan negeri.
Sementara itu Dr Abdul Shukor berkata, kerjasama di antara Green World dan China Shandong itu merancang untuk menghasilkan kira-kira 20 tan cendawan sehari bermula daripada 2015.
Pengeluaran cendawan itu akan dipertingkat secara berfasa untuk menyamai tahap pengeluaran di ladang China Shandong di China yang mencecah 50 tan sehari, katanya.
Mengenai pengaplikasian teknologi bioteknologi ke atas sektor pertanian di Johor, Menteri Besar berkata, ia telah diterapkan sehingga tanaman nenas kini boleh ditanam di atas semua jenis tanah dan tidak hanya bergantung pada tanah jenis gambut.
Usaha itu akan membantu Johor meluaskan lagi tanaman nenas di negeri ini serta membolehkan lebih ramai terlibat dengan penanaman buahan itu yang sebelum ini diketahui hanya boleh ditanam di atas tanah gambut, katanya.
Ia juga akan membantu mengekalkan status Johor sebagai negeri pengeluar terbesar nanas, kata Mohamed Khaled.
Bernama
Wed Jan 15 2014
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Johor muncul negeri pertama hasil cendawan Kings Oyster
Johor bakal muncul sebagai negeri pertama di Malaysia dalam penghasilan cendawan jenis 'Kings Oyster'.