awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas jika program ‘Glamping With Pride’ diteruskan - Polis
Lebih 20 jam tangan Rolex jutaan ringgit ditemui di rumah isteri kedua bekas Panglima TDM
Keluarga semakin berantakan, anak hantar notis peguam terhadap David Beckham
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan dagangan borong, runcit naik 6.4 peratus kepada RM158.9 bilion pada November

Bernama
Bernama
09/01/2026
08:00 MYT
Jualan dagangan borong, runcit naik 6.4 peratus kepada RM158.9 bilion pada November
Mohd Uzir berkata subsektor perdagangan borong mencatat jualan berjumlah RM70.1 bilion yang memaparkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 6.0 peratus.
KUALA LUMPUR: Jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia mencecah RM158.9 bilion pada November 2025 yang memaparkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 6.4 peratus, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ringkasan AI
  • Jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia mencecah RM158.9 bilion pada November 2025, menunjukkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 6.4 peratus menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
  • Prestasi positif semua subsektor turut menaikkan sektor perdagangan borong dan runcit, di mana kenderaan bermotor menyumbang pertumbuhan tertinggi pada 6.8 peratus, diikuti oleh perdagangan borong dan runcit pada masing-masing 6.0 peratus dan 4.3 peratus.
  • Penggunaan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 turut menyokong pertumbuhan jualan; sementara jualan runcit dalam talian meningkat 7.3 peratus tahun ke tahun, mencerminkan permintaan pengguna yang berterusan dalam e-dagang.

Dalam kenyataan Prestasi Perdagangan Borong dan Runcit November 2025 yang dikeluarkan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan sektor perdagangan borong dan runcit pada tempoh itu didorong oleh prestasi positif semua subsektor.
Dari segi indeks volum, sektor perdagangan borong dan runcit mencatat peningkatan tahun ke tahun sebanyak 5.2 peratus.
"Pertumbuhan itu didorong terutamanya oleh subsektor kenderaan bermotor yang meningkat 6.8 peratus, diikuti oleh perdagangan borong dan perdagangan runcit masing-masing sebanyak 6.0 peratus dan 4.3 peratus.
"Bagaimanapun, selepas pelarasan musim, indeks volum turun sebanyak -2.0 peratus bulan ke bulan," katanya.
Mohd Uzir berkata subsektor perdagangan borong mencatat jualan berjumlah RM70.1 bilion yang memaparkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 6.0 peratus.
"Subsektor perdagangan runcit pula mencatat jualan sebanyak RM69.0 bilion, meningkat 6.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
"Selain itu, subsektor kenderaan bermotor turut menunjukkan prestasi kukuh dengan jualan berjumlah RM19.8 bilion, naik 8.0 peratus tahun ke tahun," katanya.
Pertumbuhan itu, kata Mohd Uzir, turut disokong sebahagiannya oleh penggunaan berterusan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100.
Dalam pada itu, beliau berkata jualan runcit dalam talian terus mencatat pertumbuhan positif pada November dengan indeks jualan meningkat sebanyak 7.3 peratus tahun ke tahun.
"Trend ini terus mencerminkan permintaan pengguna yang berterusan dalam segmen e-dagang," katanya.
Beliau berkata aktiviti pembayaran digital terus mengekalkan momentum pertumbuhan pada November dengan transaksi wang elektronik (e-money) meningkat 66.9 peratus tahun ke tahun kepada RM27.0 bilion, mencerminkan peningkatan penggunaan terhadap kaedah pembayaran tanpa tunai.
"Platform pembayaran masa nyata (RPP) juga mengekalkan prestasi yang kukuh dengan jumlahnilai transaksi mencecah RM322.6 bilion.
"Selain itu, transaksi pembayaran dalam talian (FPX) meningkat sebanyak 20.4 peratus kepada RM41.5 bilion manakala transaksi kad kredit dan kad debit masing-masing mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus dan 6.8 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan
#ekonomi malaysia
#borong dan runcit Malaysia
#Mohd Uzir Mahidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan