Keluarga semakin berantakan, anak hantar notis peguam terhadap David Beckham

Media sehingga kini belum dapat mengesahkan faktor lain kepada permasalahan tersebut. - Gambar/ Stadium Astro
BROOKLYN Beckham meminta ibu bapanya menggunakan saluran perundangan menerusi peguam untuk sebarang urusan mahupun berkomunikasi.
Menurut sumber, hubungan kekeluargaan bekas bintang bola sepak England dan Manchester United itu semakin berantakan apabila Brooklyn melarang David dan Victoria mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial.
Ada yang mendakwa isu tersebut berlaku susulan banyak campur tangan pemilihan gaun kahwin antara Brooklyn dan Nicola Peltz pada 2022.
Malah, Brooklyn dan Peltz juga tidak menghadiri kebanyakan majlis rasmi bersama Beckham sekeluarga. Ini menguatkan lagi spekulasi dingin keluarga selebriti terkemuka dunia itu.
Terdahulu, Cruz dan Romeo James Beckham pernah menyekat Instagram abang sulung mereka atas sebab-sebab tertentu pada tahun lalu.
Media sehingga kini belum dapat mengesahkan faktor lain kepada permasalahan tersebut. Namun, reputasi Beckham kekal disegani serata dunia. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


