TANAH MERAH: Seorang buruh binaan Mohamad Zulhimi Zakaria, 30, tidak pernah menyangka perniagaan menjual rumput secara sampingan yang diusahakannya sejak tahun lepas meningkat dua kali ganda menjelang sambutan perayaan Aidiladha.
Beliau berkata permintaan jualan rumput itu semakin bertambah apabila harga dedak haiwan ternakan seperti lembu dan kambing meningkat menyebabkan ramai penternak beralih arah untuk memberi makanan lain seperti rumput kerana harganya jauh lebih murah.
"Saya mula mengusahakan perniagaan rumput ini di tanah sendiri seluas 0.4 hektar yang terletak dekat Kampung Chawas, di sini, selepas memperoleh benih rumput daripada rakan saya.
"Apabila rumput yang ditanam ini mula subur dan tingginya lebih kurang 38 hingga 50 sentimeter, saya akan mencerut dan menjualnya dengan harga RM7 seguni," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya dekat Kampung Manal, di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mohamad Zulhimi berkata rumput-rumput itu boleh dituai setelah mencapai usia satu hingga dua bulan dan dalam tempoh satu hari beliau dapat mencerut rumput tersebut hampir tujuh guni untuk dijual kepada penternak di sekitar kawasan terbabit.
"Saya tidak menyangka hasil jualan rumput menjelang perayaan Aidiladha meningkat dua kali ganda sehingga mencecah hampir RM1,200 sebulan berbanding sebelum ini sekitar RM500 hingga RM600 sebulan sahaja.
"Alhamdullilah ia mendapat sambutan kerana saya turut menggunakan media sosial seperti Facebook untuk memasarkan jualan ini dan saya lihat tanaman rumput ini sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai sumber makanan kepada haiwan ternakan memandangkan situasi ekonomi yang tidak menentu," katanya.
Sementara itu, penternak lembu Suhairi Abdullah, 40, berkata beliau terpaksa memberi makanan rumput kepada haiwan ternakannya kerana tidak mampu untuk membeli dedak.
"Makanan ini (rumput) menjadi pilihan penternak seperti saya sebab saya perlu pastikan haiwan-haiwan ternakan saya sentiasa diberi makanan yang cukup dan sihat sebelum disembelih pada Hari Raya Aidiladha nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 08 2022
Sekawan kerbau meragut rumput di sebuah padang ragut. - Gambar hiasan/BERNAMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Kerja ganti rumput Stadium Darul Makmur bermula pertengahan Ogos
Menurut Fadzli, rumput jenis Bermuda lebih baik berbanding rumput 'cow grass', lebih bersih dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Menteri jamin kualiti rumput venue final Piala Malaysia
Hannah tidak bimbang walaupun wujud gambar tular yang dikatakan mencerminkan keadaan rumput yang rosak selepas konsert Coldplay.
Rumput Stadium Nasional Bukit Jalil perlu lebih masa untuk matang - TMJ
Kualiti permukaan padang di Stadium Nasional yang baru dinaik taraf menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia dipersoal peminat bola sepak.
TMJ pertikaikan kelab bola sepak enggan guna 'Zeon Zoysia'
TMJ tidak faham pendirian kebanyakan kelab berhubung penggunaan rumput tersebut yang dilihat lebih mendatangkan kesan positif.
Jualan rumput Mohamad Zulhimi meningkat dua kali ganda menjelang Aidiladha
Permintaan jualan rumput itu semakin bertambah apabila harga dedak haiwan ternakan seperti lembu dan kambing meningkat.
Bola sepak: Mutu permukaan padang turut mempengaruhi permainan
Baginda berharap pasukan-pasukan dalam Liga Malaysia turut mengambil inisiatif untuk 'menukar' rumput padang mereka.
Jaminan Faizal Azumu kepada TMJ: Padang Stadium Nasional dijaga rapi
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi jaminan kementeriannya akan memastikan bahawa padang di Stadium Nasional Bukit Jalil diselia dan dijaga dengan baik.
Keadaan padang Stadium Etihad bimbangkan Guardiola
Pengurus City merasakan kelabnya jauh dari puncak liga ketika bermain di permukaan permainan mereka, dengan pandangan cemburu terhadap saingan Manchester United dan Liverpool.
Tony janji jadikan padang Stadium Nasional Bukit Jalil terbaik di Asia
Sambil menegaskan keadaan padang tidak terlalu teruk, katanya, beliau memastikan akan memenuhi janji demi keselesaan skuad Harimau Malaya dalam masa setahun susulan pelbagai spesies rumput diuji.
Padang Stadium Nasional Bukit Jalil lulus ujian pertama
Ramai yang bimbang mengenai keadaan padang stadium selepas menganjurkan perhimpunan gergasi.