awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan

Bernama
Bernama
09/02/2026
15:15 MYT
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata pertumbuhan nilai jualan industri berorientasikan eksport, mewakili 70.4 peratus daripada jumlah jualan, meningkat 6.8 peratus pada Disember 2025 daripada 4.6 peratus pada November 2025. - Gambar DOSM
KUALA LUMPUR: Nilai jualan sektor pembuatan berjumlah RM1.97 trilion pada 2025, kenaikan 4.2 peratus daripada RM1.89 trilion dicatatkan pada 2024, manakala jualan pada Disember tahun lepas meningkat 6.4 peratus tahun ke tahun sebanyak RM168.6 billion.

Ringkasan AI
  • Nilai jualan sektor pembuatan dijangka meningkat kepada RM1.97 trilion pada tahun 2025, menandakan peningkatan sebanyak 4.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.
  • Pertumbuhan nilai jualan sektor ini kebanyakannya disumbang oleh produk elektrik dan elektronik, yang mencatatkan peningkatan daripada 10.8 peratus pada November 2025 kepada 12.6 peratus pada Disember 2025.
  • Jumlah pekerja dalam sektor pembuatan pada Disember 2025 meningkat sebanyak 1.1 peratus, dengan gaji dan upah yang dibayar mencapai RM9.1 bilion, menunjukkan peningkatan sebanyak 2.5 peratus berbanding bulan November 2025.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan nilai jualan sektor pembuatan kebanyakannya didorong oleh produk elektrik dan elektronik yang menokok 12.6 peratus pada Disember 2025 daripada 10.8 peratus pada November 2025.
"Pertumbuhan ini disokong lagi oleh subsektor makanan, minuman dan tembakau serta produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka, masing-masing meningkat 10.4 peratus (November 2025: 7.7 peratus) dan 5.3 peratus (November 2025: 3.4 peratus)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Mohd Uzir berkata jika dibandingkan mengikut bulan, pertumbuhan nilai jualan susut 0.5 peratus berbanding RM169.4 bilion dicatatkan pada November, 2025.
Beliau berkata pertumbuhan nilai jualan industri berorientasikan eksport, mewakili 70.4 peratus daripada jumlah jualan, meningkat 6.8 peratus pada Disember 2025 daripada 4.6 peratus pada November 2025.
Begitu juga dalam industri berorientasikan domestik, ia meningkat sebanyak 5.6 peratus pada Disember 2025, selepas mencatatkan 4.6 peratus pada bulan sebelumnya, kata Mohd Uzir.
Mengulas mengenai jumlah pekerja, Mohd Uzir berkata terdapat 2.4 juta pekerja direkodkan dalam sektor ini pada Disember 2025, bertambah sebanyak 1.1 peratus (November 2025: 0.8 peratus).
Berasaskan bulan ke bulan, jumlah pekerja dalam sektor ini meningkat 0.1 peratus.
Sementara itu, beliau berkata gaji dan upah yang dibayar dalam sektor pembuatan berkembang 2.5 peratus (November 2025: 1.9 peratus), berjumlah RM9.1 bilion pada Disember, 2025.
Mohd Uzir berkata pada suku keempat 2025, nilai jualan dalam sektor pembuatan melonjak sebanyak 5.8 peratus tahun ke tahun, mencapai RM509.5 bilion (suku ketiga 2025: RM500.1 bilion, 3.5 peratus), jumlah pekerja sepanjang suku tersebut naik 1.1 peratus (suku ketiga 2025: 1.0 peratus), manakala gaji dan upah yang dibayar melonjak sebanyak 2.3 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor pembuatan
#gaji dan upah
#Nilai jualan
#produk logam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan