awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir umum pengeluaran minyak baharu dari medan Teluk Suez
Mariah Carey bakal nyanyi lagu Itali pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk
KDN selesai lebih 12,000 permohonan dokumen pengenalan diri penduduk pedalaman Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar cukai, tukaran asing jejaskan untung bersih TM pada suku ketiga, susut kepada RM265.2 juta

Dagang News
Dagang News
23/11/2022
01:40 MYT
Kadar cukai, tukaran asing jejaskan untung bersih TM pada suku ketiga, susut kepada RM265.2 juta
Tumpuan yang diberikan TM untuk memperkukuh perniagaan terasnya dan kecekapan operasi terbukti kukuh dan berdaya tahan, menunjukkan pertumbuhan berterusan. - Dagang News
KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd. (TM) susut 2.2% kepada RM265.2 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2022 berbanding RM271.3 juta yang direkodkan bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Penurunan itu disebabkan pembayaran cukai yang lebih tinggi dan kerugian kadar tukaran asing ke atas pinjaman, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Selasa.
Pendapatan kumpulan bagi tempoh itu meningkat 12.7% kepada RM3.16 bilion daripada RM2.8 bilion, paras tertinggi yang direkodkan dalam tempoh 10 suku yang lalu.
Tumpuan yang diberikan TM untuk memperkukuh perniagaan terasnya dan kecekapan operasi terbukti kukuh dan berdaya tahan, menunjukkan pertumbuhan berterusan biarpun dalam persaingan yang semakin mencabar.
Pelaburan berterusan untuk pertumbuhan dan peningkatan pengalaman pelanggan sentiasa menjadi elemen yang mendorong kemajuan TM.
Kumpulan telah membelanjakan peruntukan modal (capex) sebanyak 19.1% daripada hasil pada suku ini, yang berjumlah RM603.7 juta bagi memenuhi permintaan pelanggan menerusi perluasan fiber, pemodenan rangkaian dan naik taraf teknologi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar berkata, momentum pertumbuhan TM dijangka berterusan bagi tahun ini dalam segmen perniagaan teras iaitu Unifi, TM One dan TM Wholesale.
Katanya, TM akan terus melabur dalam keupayaan teknologi, bidang pertumbuhan baharu iaitu FMC dan penyelesaian digital, serta dalam pembinaan kapasiti dan bakat digital di dalam TM di samping kekal fokus terhadap meningkatkan jumlah pelanggan dan meneruskan disiplin kos operasi.
“Persaingan dalam FMC dan bidang digital semakin sengit. Kami sedang memperkukuh perniagaan mudah alih kami dengan strategi dan keupayaan yang tepat untuk membawa TM kepada era konvergens sebenar," katanya.
Menurut beliau, 2022 merupakan tahun bagi kumpulan membina daya tahan komersial untuk mendepani cabaran 2023 - penyusutan pertumbuhan ekonomi, kos rantaian bekalan yang tinggi dan perbelanjaan pelanggan yang lebih berhati-hati.
“Dalam evolusi kami daripada sebuah syarikat telekomunikasi bersepadu kepada sebuah syarikat teknologi berteraskan insan, kami terus memfokus kepada pelaksanaan program-program transformasi yang telah menunjukkan hasil-hasil kukuh buat para pelanggan dan pihak berkepentingan kami," tambah beliau. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Telekom Malaysia
#keuntungan bersih
#kadar tukaran asing
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan