Kerajaan mungkin harus kaji semula kedudukan negara dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden sebentar tadi.
Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) Datuk Wira Jalilah Baba berkata kerajaan juga boleh menimbang untuk meneruskan TPPA tanpa Amerika Syarikat (AS), selepas Trump yang baru dipilih sebagai ketua negara berkenaan secara terang-terangan tidak bersetuju dengan perjanjian itu, malah menyifatkannya sebagai malapetaka.
"Malaysia perlu mengkaji semula bagaimanakah kedudukan kita terhadap perikatan dengan negara lain yang kita sudah persetujui sebelum ini," jelasnya semasa diwawancara dalam AWANI 7.45 sebentar tadi.
Tambah Jalilah, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) harus menerajui perbincangan sama ada Malaysia akan teruskan TPPA atau sebaliknya.
TPPA melibatkan 12 negara dan mewakili 40 peratus daripada perdagangan dunia.
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini sudah membayangkan TPPA akan gagal tanpa penyertaan AS.
Ia berdasarkan Bab 30 dalam TPPA yang menyatakan keluaran dari AS diperlukan untuk menjayakan perjanjian berkenaan.
AS menyumbang 85 peratus daripada keseluluruhan keluaran dalam TPPA.
Pada masa sama, Jalilah turut skeptikal sama ada AS benar-benar akan menarik diri dari TPPA atau ia hanya usaha Trump untuk meraih undi popular.
"Adakah ini satu janji untuk memenangi undi? Atau adakah beliau mampu untuk berbuat demikian?" soal Jalilah.
Beliau juga skeptikal bahawa pelan Trump untuk membawa pulang pelaburan ke negara Uncle Sam boleh berjaya memandangkan Asia terutamanya Asia Tenggara kini adalah pusat pertumbuhan ekonomi dunia dan sekiranya syarikat AS gagal untuk melabur ke rantau ini, ia bakal menyebakan kerugian besar kepada mereka.
Jalilah percaya, AS tidak boleh 'hidup' bersendirian dan harus mengembangkan perniagaan ke luar negara, termasuk negara Asia yang menjanjikan kos yang lebih murah.
"Jadi, sekiranya syarikat di AS tidak dibenarkan keluar atau ditahan keluar untuk melabur di Asia terutama di ASEAN yang begitu banyak peluang pelaburan, saya rasa AS akan rugi," katanya.
Shafizan Johari
Wed Nov 09 2016
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) harus menerajui perbincangan sama ada Malaysia akan teruskan TPPA atau sebaliknya. - Gambar fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Cacar monyet: Jangkitan meningkat kepada lebih 70,000 - WHO
Meskipun pertambahan kes dilihat perlahan, ia tidak bermakna masyarakat global tidak perlu mengambil langkah berjaga-jaga.
Biden runding sokongan dari Asia kenakan sekatan ke atas Rusia - Laporan
Menurut Foreign Policy, Washington difahamkan sudah mendapat sokongan Singapura, Jepun dan Taiwan.
Serangan dron Afghanistan: AS akui kesilapan bunuh 10 orang awam
Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin memohon maaf atas serangan dron di Afghanistan pada Ogos lalu.
AUKUS: Perancis panggil pulang duta di Amerika Syarikat, Australia
Menteri Luar Negeri Perancis gambarkan penubuhan AUKUS sebagai tindakan 'menikam dari belakang'.
Pandemik COVID-19, kemelut ekonomi dan peranan gerakan Islam
Oleh kerana penyediaan vaksin diramalkan memerlukan masa lebih dari setahun lagi, maka angka kematian dijangkakan akan terus meningkat pada bulan-bulan mendatang.
Pakej rangsangan: Adakah kisah Nabi Yusuf tidak relevan dalam kehidupan moden?
Al Quran telah menceritakan bagaimana beliau telah dikeluarkan dari penjara dan dilantik oleh Raja Mesir untuk menjadi bendahari yang bertanggungjawab menguruskan khazanah negara.
Malaysia naik ke ranking 22 senarai Daya Saing Dunia
Malaysia merupakan satu-satunya ekonomi di Asia Tenggara yang mencatatkan kenaikan dua anak tangga, dipacu oleh pemulihan kukuh prestasi ekonomi, khususnya perdagangan antarabangsa.
Gunung Berapi Popocatepetl mula keluarkan asap, abu tebal
Gunung berapi ikonik di Mexico, Popocatepetl mula meletus memuntahkan asap dan abu ke udara.
Boikot Coca-Cola hanya merugikan pekerja tempatan - Pengurusan
Menurut Pengurus Coca-Cola Malaysia Ahmed Yehia, tindakan boikot itu juga akan menjejaskan semua pihak yang bergantung kepada rantaian bekalan jenama itu di Malaysia.
Berlian milik Puteri Diana antara 7 fakta menarik hubungan Harry dan Markle
Hubungan yang terjalin sejak setahun lalu pada mulanya dirahsiakan, kini menjadi berita gembira buat para peminat kerabat diraja Britain.