Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Mei 2026.

  1. Kerajaan perluas SKDS kepada jip, pikap di seluruh negara

    Kerajaan bersetuju menambah baik mekanisme pelaksanaan penyaluran subsidi diesel menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dengan memperluaskan kelayakan kepada jip dan pikap bagi sektor pengangkutan darat barangan di seluruh negara berkuat kuasa 1 Jun ini.

  2. Naib Pengerusi PKR Sabah umum lepas jawatan, keluar parti

    Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Mohd Amin Abdul Mem mengumumkan peletakan semua jawatannya sebelum mengisytiharkan keluar daripada parti.

  3. Hasil laut, kualiti air Kuala Juru disahkan selamat - Jabatan Perikanan

    Hasil analisis makmal terhadap sampel air dan kerang di perairan Kuala Juru, Bukit Mertajam berada pada tahap selamat serta mematuhi standard keselamatan makanan negara.

  4. 'Sudah tiba masanya golongan majoriti yang cinta keamanan, keharmonian tampil bersuara' - PM

    Perdana Menteri menyeru rakyat Malaysia supaya menolak politik kebencian dan perpecahan demi memastikan negara terus aman, maju serta dihormati.

  5. Piala Dunia ISTAF: Malaysia ke final penuh dramatik, tundukkan Indonesia 2-0

    Skuad negara menonjolkan permainan memukau, sekali gus berjaya menundukkan Indonesia 2-0 untuk mara ke perlawanan akhir Piala Dunia ISTAF

  6. Titah kepada kerajaan sepatutnya perlu dibuat secara tertutup? Ini penjelasan Ahli Dewan Diraja Selangor

    Tidak wajar titah Sultan Selangor kepada pentadbiran kerajaan negeri dibuat secara tertutup kerana isu yang disentuh adalah berkepentingan rakyat.

    7. Lebih 50 peratus kemalangan pada 2025 libatkan perjalanan pergi, balik kerja - PERKESO

        Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mendedahkan 50.9 peratus atau 46,542 daripada 91,456           kes kemalangan yang direkodkan pada 2025 ialah kemalangan perjalanan pergi dan balik kerja.

    8. KTMB tawar 347,000 tiket sempena cuti panjang, terbesar dalam sejarah perkhidmatan

        Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan 347,000 tempat duduk bersempena cuti panjang           yang akan tiba, menjadikan rekod penawaran tiket terbesar dalam sejarah perkhidmatannya.

    9. Piala Malaysia: JDT serap tekanan Kuching City sebelum muncul juara

        Johor Darul Ta'zim (JDT) menghadirkan permainan cukup dramatik apabila menghasilkan dua gol di               penghujung permainan sebelum dinobat sebagai juara Piala Malaysia menewaskan Kuching City di TM         Stadium Nasional.

   10. Hampir tiga dekad berlalu, ekspedisi Everest 1997 terus jadi inspirasi rakyat Malaysia

         Hampir tiga dekad selepas rakyat Malaysia pertama, Datuk M. Magendran dan Datuk N. Mohanadas              berjaya menawan Gunung Everest, ekspedisi bersejarah itu terus menjadi inspirasi kepada rakyat                  negara ini untuk melangkaui batas kemampuan dan mengejar impian tanpa rasa gentar.

 

Must Watch Video

Advertisement