awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung Baru: PKB buat kajian menyeluruh nilai tanah, siap menjelang April

Bernama
Bernama
16/03/2015
10:24 MYT
Kampung Baru: PKB buat kajian menyeluruh nilai tanah, siap menjelang April
KAMPUNG BARU: Kampung Baru: PKB buat kajian menyeluruh nilai tanah, siap menjelang April - Gambar fail
Perbadanan Pembangunan Kampong Baru (PKB) sedang menjalankan kajian menyeluruh mengenai nilai tanah di Kampung Baru bersama konsortium yang terdiri daripada enam penilai hartanah, sebelum kawasan tersebut dibangunkan sepenuhnya.
Ketua Pegawai Eksekutif PKB Naharuddin Abdullah berkata kajian tersebut dijangka siap menjelang Mei atau April ini.
Beliau berkata kerjasama PKB bersama enam penilai hartanah tersebut bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian isu nilai hartanah yang dibangkitkan oleh pemilik tanah di Kampung Baru.
"Kami tubuhkan konsortium penilai untuk menjalankan kajian nilai hartanah di Kampung Baru untuk membantu pemilik tanah mengetahui nilai hartanah terkini di kawasan ini," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.
Di bawah Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru, pembangunan di situ memberi tumpuan ke atas dua aspek penting iaitu perancangan fizikal dan pengurusan pembangunan kawasan berkeluasan 121.9 hektar.
Pembangunan Kampung Baru yang melibatkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM62.1 bilion, bermula tahun ini dan dijangka siap menjelang 2035.
Fasa pertama pembangunan semula Kampung Baru yang melibatkan 16 projek mega bernilai RM1 bilion menerusi empat fasa, telah dimulakan dan kini berada di pelbagai peringkat pembangunan.
Naharuddin berkata majoriti pemilik tanah di Kampung Baru telah menyatakan persetujuan untuk membangunkan kawasan tersebut.
"Kita akan mengambil kira perubahan-perubahan yang bakal berlaku sepanjang tempoh pelaksanaan tersebut, dan pada masa yang sama, penglibatan dengan tuan tanah akan diteruskan," kata Naharuddin.
Kampung Baru dengan keluasan keseluruhan 124.37 hektar, dibangunkan sejak 113 tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Kampung Baru
#Melayu
#Muhyiddin
#nilai
#PKB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan