TEHRAN: Iran mendakwa bahawa gencatan senjata melibatkan Lubnan sudah menjadi sebahagian daripada perjanjian awal antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), yang dirundingkan dengan pengantaraan Pakistan.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ismail Baqai, berkata Tehran sejak awal menegaskan keperluan gencatan senjata serentak di seluruh rantau itu, termasuk di Lubnan.
Advertisement
Beliau turut menyuarakan solidariti Iran terhadap rakyat dan kerajaan Lubnan, sambil menekankan kepentingan pengunduran penuh tentera Israel dari selatan Lubnan, walaupun Perdana Menteri Israel dilaporkan enggan berbuat demikian.
Selain itu, Baqai menyeru pembebasan semua tahanan, kepulangan penduduk yang dipindahkan ke kediaman masing-masing serta menghargai peranan Pakistan dalam membantu menjayakan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Lubnan yang sedang berkuat kuasa.
Kenyataan itu dibuat ketika usaha diplomatik antarabangsa dipergiatkan bagi meredakan ketegangan dan mengelakkan konflik yang lebih meluas di Asia Barat.