KUALA LUMPUR: Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) mengisytiharkan pengagihan dividen sebanyak 8 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 kepada ahli anggota koperasi yang layak dan akan dikreditkan ke dalam modal syer anggota bermula April ini.

Pengumuman tersebut dibuat sewaktu Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-8 (2023) yang diadakan di sebuah majlis tertutup baru-baru ini.

Prestasi kewangan tahun ke tahun KAPB secara keseluruhan juga menunjukkan pertumbuhan lebih kukuh dan positif berbanding perolehan tahun lalu apabila berjaya merekodkan peningkatan keuntungan bersih yang melonjak kepada 25.4 peratus berbanding tahun kewangan terdahulu yang didorong oleh aktiviti pembiayaan dan pelaburan mampan tetapi berisiko rendah.

Dalam tempoh lapan tahun bermula 2015 sehingga kini, KAPB berjaya mengekalkan prestasi kadar dividen yang tinggi, kompetitif dan optimum berbanding nilai pulangan semasa yang ditawarkan oleh mana-mana institusi pelaburan lain saban tahun.

Nilai pulangan pelaburan yang ditawarkan oleh KAPB juga merupakan antara yang tertinggi di Malaysia dengan kadar terendah sebanyak 8 peratus dan tertinggi sebanyak 15 peratus.

Mengulas lanjut mengenai pengumuman kadar dividen tahun ini, Pengerusi Eksekutif KAPB, Datuk Ilyas Mohamed berkata, walaupun berdepan dengan persekitaran ekonomi yang serba mencabar, KAPB terus mengekalkan rekod cemerlang dan berdaya saing dalam memberikan pulangan paling optimum yang mana 90 peratus daripada keuntungan yang dijana oleh KAPB bagi tahun kewangan 2022 telah diagihkan semula dalam bentuk dividen kepada anggota koperasi sekali gus menjamin masa depan kewangan mereka.

"Bagi memastikan KAPB terus memberikan pulangan yang mampan kepada para pelabur, kami telah memperhalusi strategi pelaburan kami berdasarkan pelan jangka panjang dengan wawasan jelas yang berpandangan jauh.

"Kami secara agresif melaksanakan kepelbagaian portfolio berisiko rendah secara berfasa dalam pasaran dan kelas aset yang berbeza bagi memastikan nilai pulangan yang positif.

"Kami juga komited memperkasa golongan kontraktor, vendor, pengusaha kecil sederhana (PKS) dan agensi kerajaan dalam melancarkan aliran tunai perniagaan mereka menerusi segmen pemfaktoran atau pengurusan pembiayaan invois sekaligus membantu perkembangan ekonomi secara mampan.

"Kemudahan pemfaktoran yang kami tawarkan ini memberi alternatif kewangan baharu yang lebih anjal bagi membantu melaksanakan projek yang diterima.

"Bukan itu sahaja, KAPB turut memberikan pengawasan korporat yang kukuh dan mempromosikan tadbir urus korporat yang baik untuk memacu pertumbuhan dan prestasi syarikat-syarikat pelaburan kami.

"Kami juga mengamalkan ketelusan dan akauntabiliti bagi memastikan mandat yang diberi oleh pelabur digalas secara konsisten," memetik kenyataan tersebut.

Sebagai rekod, KAPB mempunyai 12,000 ahli koperasi yang sah berdaftar setakat ini sejak mula ditubuhkan pada tahun 2014.

Antara kelebihan utama melabur dengan KAPB adalah dana yang terkumpul akan diuruskan oleh pengurus dana professional yang berpengalaman dalam mengendalikan isu hal ehwal pelaburan. Setiap pelaburan yang dibuat oleh KAPB juga patuh Syariah.

Dengan dana pelaburan minimum serendah RM1,000 sahaja, setiap ahli berpeluang untuk menikmati pelbagai pulangan menarik.

Selain menawarkan agihan pulangan dividen sehingga 8 peratus setahun, KAPB turut menawarkan khairat kematian sebanyak RM3,000 buat setiap ahli. Lebih menarik lagi, KAPB juga turut menawarkan bantuan bencana alam dan lain-lain faedah.

Antara portfolio korporat bagi dana pelaburan yang diuruskan oleh KAPB termasuklah ArRahnu, APHB (pelaburan), Hartanah AP Rakyat (hartanah), H Group Marine (gaya hidup marin), Jetvalet (penerbangan), Awesome TV (penyiaran), MFI Group (perkhidmatan kewangan dan otomotif), Quick Ride (e-hailing), CTG Capital (pembiayaan Automotif) dan MFI Capital (tenaga boleh diperbaharui).

Orang ramai yang berminat untuk menjadi ahli atau ingin mengajukan sebarang pertanyaan berkenaan KAPB boleh menghantar e-mel ke [email protected] atau melayari laman rasmi www.kapb.com.my

Terdapat tiga cara mudah untuk memohon sebagai ahli KABP iaitu permohonan secara online laman web rasmi, permohonan melalui talian rasmi di 03-2711 0050/ 03-2711 0051 ataupun permohonan secara fizikal dengan walk-in ke ibu pejabat KAPB di Tingkat 2, Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan Rakyat 50470 Kuala Lumpur.