Karnival TikTok Shop 11.11 Jualan Mega rai usahawan digital

Armizan (tengah) ketika merasmikan Karnival TikTok Shop 11.11 Jualan Mega, di Pavilion Bukit Jalil, pada Jumaat lalu. - Foto TikTok Malaysia
KUALA LUMPUR: Fenomena beli-belah dalam talian terus mencuri tumpuan dan kali ini dengan sentuhan hiburan serta pengalaman dunia nyata yang lebih interaktif.
Ringkasan AI
- Karnival TikTok Shop 11.11 Jualan Mega kembali dengan kempen selama 11 hari, bermula 1 hingga 11 November, menawarkan pelbagai promosi menarik dan pengalaman beli-belah unik yang menggabungkan hiburan, komuniti serta peluang niaga dalam satu platform.
- Pengarah Kanan Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, berkata acara ini adalah karnival hybrid pertama yang membawa dunia digital ke luar talian dengan pelbagai tawaran eksklusif.
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, KPDN melalui agensinya, MyIPO, turut bekerjasama dengan TikTok Shop bagi memperkukuh kesedaran dan perlindungan harta intelek dalam kalangan usahawan digital tempatan.

Nur Azre ketika memberikan ucapan di Majlis Pelancaran Karnival TikTok Shop 11.11 Jualan Mega, Jumaat lalu. - Foto TikTok Malaysia
Pengarah Kanan Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, berkata acara ini adalah karnival hibrid pertama yang membawa dunia digital ke luar talian dengan pelbagai tawaran eksklusif.
“Karnival Jualan Mega 11.11 TikTok Shop merupakan acara hibrid yang julung-julung kali kita adakan.
“Jadi, dekat sini ada pelbagai tawaran hebat yang kita tawarkan seperti beli satu percuma satu, baucar-baucar yang boleh kita tindan bersama yang menawarkan 30 peratus diskaun,” katanya ketika di Majlis Pelancaran Karnival TikTok Shop 11.11 Jualan Mega di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Selain itu, TikTok Shop turut memperkenalkan inisiatif Jom Lokal Booster, yang menyediakan insentif bernilai RM20 juta bagi membantu usahawan kecil dan sederhana (PMKS) melalui latihan, baucar, perkongsian strategik dan padanan dengan pencipta kandungan.
“Kami juga mempunyai inisiatif Jom Lokal Booster di mana kita membantu usahawan PMKS baharu dengan peruntukan degan insentif sebanyak RM20 juta dalam bentuk latihan, baucar, rakan kongsi TikTok Shop dan padanan pencipta kandungan.
“Ini antara inisiatif yang kami laksanakan untuk membangunkan usahawan dan perniagaan terutamanya perniagaan tempatan,” tambahnya.

Armizan ketika bersama salah seorang peniaga barangan online menerusi platform TikTok Shop. - Foto TikTok Malaysia
Majlis pelancaran Karnival TikTok Shop 11.11 Jualan Mega dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.
Menurut Armizan, KPDN melalui agensinya, MyIPO, turut bekerjasama dengan TikTok Shop bagi memperkukuh kesedaran dan perlindungan harta intelek dalam kalangan usahawan digital tempatan.
“Ia merupakan satu program untuk mereka mempromosikan barang-barang yang dijual di dalam platform e-dagang mereka tetapi pada masa yang sama mereka juga menggarap elemen mempromosikan barang-barang produk Malaysia dalam program ini,” jelas Armizan.
Dalam usaha memperkukuh kerjasama ini, TikTok Shop bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan KPDN telah melatih lebih 300 PMKS tempatan serta 40 pegawai penguat kuasa KPDN tahun ini dengan pengetahuan berkaitan perlindungan jenama melalui Pusat Perlindungan Harta Intelek (IPPC) TikTok Shop.
“Ekosistem e-dagang yang mampan memberi manfaat kepada pembeli dan penjual, justeru kami kekal komited bekerjasama dengan kerajaan untuk menjunjung integriti platform kami.
“Kami gembira usaha bersama ini telah menarik lebih banyak jenama menyertai TikTok Shop Mall dengan Jaminan Keaslian 100% kami, termasuk jenama tempatan seperti Skinmade, Hetch, Mommyhana, SALYRA Shop, Szindore, Olive House dan banyak lagi,” tegas Azre.

Beberapa pengunjung menikmati momen gembira di Karnival TikTok Shop 11.11 Jualan Mega. - Foto TikTok Malaysia
Sementara itu, Ketua Pengarah MyIPO, Yusnieza Syarmila Yusoff, turut menyuarakan perkara yang sama.
“Kerjasama awam-swasta merupakan kunci kepada pembentukan ekosistem e-dagang lestari yang menggalakkan persaingan sihat dan perkembangan perniagaan secara bertanggungjawab.
Dalam menyokong usaha ini, MyIPO turut memperkenalkan kempen JenamaLOKAL300 di bawah tema ‘Lindungi Jenama Lokal, Tembusi Pasaran Global’, yang menawarkan pengurangan yuran pendaftaran cap dagangan sebanyak RM300, menjadikan kos hanya RM650 untuk perlindungan selama 10 tahun.

TikTok Shop 11.11 Jualan Mega bakal berlangsung sehingga esok, jangan lepaskan peluang merebut pelbagai promosi dan tawaran menarik! - Foto TikTok Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


