Suspek kes letupan di Nilai direman seminggu

Penolong Kanan Pendaftar, Siti Nur Ain Ariffin (kanan) hadir di Hospital Tuanku Ja’afar bagi membolehkan perintah reman sehingga 3 Jan depan dikeluarkan terhadap suspek kes letupan IED di Nilai. - Foto Bernama
SEREMBAN: Lelaki disyaki terlibat dalam kes letupan menggunakan bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) di Desa Palma, Nilai, di sini direman sehingga 3 Jan depan.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes letupan menggunakan Improvised Explosive Device (IED) di Desa Palma, Nilai, direman sehingga 3 Januari depan atas alasan siasatan lanjut mengikut undang-undang yang berkaitan.
- Suspek yang ditahan dengan kecederaan melecur pada muka, badan, tangan, dan kaki dipercayai memiliki pengetahuan teknikal dan kemahiran dalam pembuatan bahan letupan berdasarkan penemuan peranti dan peralatan yang dirampas di rumahnya.
- Di Persiaran Putra, Bandar Baru Putra, seorang lelaki berusia 29 tahun direman sehingga 2 Januari selepas disyaki mengamuk sehingga mencederakan ahli keluarganya; suspek yang mempunyai rekod rawatan kesihatan mental dipercayai melarikan diri sebelum ditangkap untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, Alzafny berkata suspek kes letupan di Desa Palma pada pagi 22 Dis itu ditahan di sekitar Batang Benar, Nilai pada 4.15 petang semalam dengan kesan melecur pada muka, badan, tangan dan kaki.
Suspek dipercayai mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan berdasarkan penemuan peranti dan peralatan yang dirampas di rumah sewa lelaki itu.
Sementara itu, di IPOH, Perak, polis memperoleh perintah reman sehingga 2 Jan terhadap lelaki yang disyaki mengamuk sehingga mencederakan ahli keluarganya di Persiaran Putra, Bandar Baru Putra pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek berusia 29 tahun direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai rekod rawatan kesihatan mental dipercayai mengamuk dan mencederakan dua ahli keluarganya dan melarikan diri dengan memanjat tembok dan bumbung rumah sebelum memasuki sebuah rumah jiran.
Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk rawatan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


