awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDNK Malaysia kekal dalam kedudukan pertumbuhan pada 2019 - Bank Negara Malaysia

Bernama
Bernama
09/10/2018
20:00 MYT
KDNK Malaysia kekal dalam kedudukan pertumbuhan pada 2019 - Bank Negara Malaysia
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan terus berkembang pada 2019, disokong oleh ekonomi dan komposisi eksportnya yang pelbagai, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Yunus. -Foto BERNAMA
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan terus berkembang pada 2019, disokong oleh ekonomi dan komposisi eksportnya yang pelbagai, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Yunus.
Walaupun persekitaran luaran yang mencabar, beliau berkata ekonomi domestik dijangkakan kekal positif tahun ini, didorong oleh aktiviti sektor swasta yang mantap dan inflasi yang sederhana.
"Aktiviti sektor swasta akan menjadi pemacu utama untuk pertumbuhan bagi sepanjang tahun 2018 dan 2019.
"Kedudukan pasaran buruh yang menggalakkan, iaitu sektor swasta yang mantap yang mempunyai pertumbuhan pekerjaan yang tinggi dan peningkatan ketara sentimen pengguna, akan menyokong penggunaan swasta," katanya pada Persidangan Pelabur 'Malaysia: A New Dawn', di sini.
Nor Shamsiah berkata kestabilan dasar Malaysia dan pasaran kewangan yang kukuh, membolehkan negara untuk menampan kejutan luaran dan memastikan pertumbuhan.
Struktur ekonomi yang pelbagai, selain produk dan pasaran eksport yang beraneka ragam, memberikan Malaysia daya tahan untuk menghadapi masalah global dan domestik, katanya.
Mengenai risiko penurunan, beliau percaya ketegangan perdagangan semasa menganggu pertumbuhan perdagangan global dan menjejaskan ekonomi Malaysia, namun pengantaraan kewangan masih berada pada tahap yang sihat.
"Kami mempunyai dasar untuk memastikan kecairan dalam sistem kewangan mencukupi untuk menyokong aktiviti pengantaraan," kata Nor Shamsiah, sambil menambah pendirian kewangan semasa sesuai, kondusif dan menyokong pertumbuhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#ekonomi
#KDNK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan