KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia meneruskan momentum pemulihan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2022 (S3 2022) apabila mencapai pertumbuhan 14.2 peratus, lebih kukuh berbanding 8.9 peratus yang dicatat pada suku kedua 2022 (S3 2022).

Perkara itu diumumkan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus dalam satu sidang media ibu negara pada Jumaat.

Menurutnya, walaupun terdapat kesan asas daripada pertumbuhan negatif pada suku ketiga tahun 2021, pertumbuhan juga didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh, disokong oleh keadaan pasaran pekerja dan pendapatan yang bertambah baik serta sokongan dasar yang berterusan.

Selain itu, eksport terus disokong oleh permintaan yang kukuh terhadap produk elektrik dan elektronik (E&E) selain pemulihan pelancongan ke dalam negeri memberikan sokongan tambahan kepada kegiatan ekonomi.

Mengikut sektor, pertumbuhan terus didorong oleh sektor perkhidmatan dan perkilangan.

Pada asas suku tahun ke suku tahun terlaras secara bermusim, ekonomi berkembang sebanyak 1.9 peratus (S2 2022: 3.5 peratus).

Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 9.3 peratus pada tiga suku pertama tahun ini.